Sila Lihat Senarai Bantuan Kewangan Kerajaan Menyambung Pelajaran Bagi Pelajar IPT 2021

Bantuan Kerajaan Bagi Pelajar IPT Menyambung Pelajaran 2021

Ramai pelajar yang ternanti-nanti akan bantuan kerajaan yang akan diberikan untuk menyambung pelajaran. Maklumlah, boleh dikatakan semua rakyat sedang menghadapi ekonomi rumah yang amat terjejas. Oleh itu, di sini saya kongsikan beberapa bantuan kerajaan yang boleh dipohon untuk meringankan beban kewangan yang diperlukan untuk menyambung pelajaran di peringkat-peringkat universiti.

Antara bantuan tersebut adalah seperti yang dibawah. Baca artikel selanjutnya untuk mengetahui syarat kelayakan dan juga cara permohonan bantuan-bantuan ini.

  1. Bantuan Zakat dari Majlis Agama Ilsam Wilayah Persekutuan (MAWIP)
  2. Skim Bantuan Kewangan Pelajar IPTS IPTA RISDA
  3. Bantuan Yayasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  4. Bantuan Skim Dana Ehsan (SDEP)
  5. Bantuan Kewangan Anak Sarawak
  6. Bantuan Skim Pembiayaan Pendidikan Tinggi (SPIN)
  7. Bantuan Permohonan Insentif Harapan Siswa (IHS) dari Yayasan Pelajaran Johor
  8. Bantuan Awal Pengajian IPTA / IPTS daripada Pusat Zakat & Baitulmal Majlis Agama Islam Adat Melayu Terengganu
  9. Bantuan IPT kewangan pendidikan anak negeri dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
  10. Bantuan Anak Selangor Masuk Universiti (hadiah pengajian IPT)
  11. Bantuan Dermasiswa Yayasan Negeri Perak
  12. Skim Bantuan Sara Hidup dan Kecemasan Anak Perak
  13. Bantuan Kemasukan Ke IPT oleh Tabung Baitulmal Pendidikan Negeri Sarawak
  14. Bantuan Sambung Belajar ke IPT untuk Anak kelantan
  15. Bantuan TAPEM Melaka
  16. Bantuan Derma Siswa Sambung pelajaran ke IPT Untuk Anak negeri Kedah
  17. Geran Yayasan Pahang (Bantuan Kepada pelajar IPT Untuk Dermasiswa Anak Pahang)
  18. Bantuan Dana Kewangan IPT di Negeri Sembilan
  19. Duit Bantuan Wang untuk Kemasukan Ke IPT bagi Anak Perlis dari Pusat Zakat Perlis
  20. Bantuan Mahasiswa Bakti Desa
  21. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
  22. Bantuan Pendidikan Untuk Pelajar Asas Universiti Awam (UA)

Sila klik nama bantuan di bawah untuk melihat permohonan dengan lebih lanjut/dan memohon bantuan.

Bantuan Zakat dari Majlis Agama Ilsam Wilayah Persekutuan (MAWIP)

Bantuan ini bertujuan untuk memudahkan pelajar-pelajar yang beragama Islam yang bermastautin di Negeri Perak untuk mendapatkan bantuan zakat bagi memasuki mana-mana IPTA dan IPTS dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Bantuan yang akan diberikan hanyalah di peringkat pengajian seperti dibawah.

Syarat Permohonan adalah seperti berikut.

  • Setiap peringkat pengajian hanya sekali sahaja bantuan akan diberi.
  • Tarikh memohon tidak melebihi 3 bulan dari tarikh daftar diri ke IPTA / IPTS
  • Tempoh pengajian mestilah melebih tempoh setahun atau 12 bulan.
  • Pemohon mestilah bermastautin dalam Negeri Perak.
  • Permohonan ini tertakluk kepada PENGAJIAN SEPENUH MASA SAHAJA.

Skim Bantuan Kewangan Pelajar IPTS IPTA RISDA

Tujuan Skim Bantuan Pelajar IPT / Pelajaran ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil, anak wargakerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) yang melanjutkan pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Pengiktirafan disemak melalui laman web “Daftar Kelayakan Malaysia / Malaysian Qualifications Register (MQR)”

Bantuan Yayasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Biasiswa ini ditawarkan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan terutama daripada keluarga berpendapatan rendah di Wilayah Persekutuan yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Awam sepenuh masa di peringkat IJAZAH PERTAMA bagi kemasukan semester pertama sesi 2021/2022.

Syarat am permohonan adalah seperti berikut:

  • Pemohon warganegara Malaysia, lahir dan menetap di Wilayah Persekutuan (KL / Putrajaya / Labuan) serta pemohon/ibu/bapa merupakan pengundi di Wilayah Persekutuan.
  • Pendapatan perkapita keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan.
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain
  • Tawaran adalah tertakluk kepada :
  1. Penerimaan tawaran pengajian daripada IPT Awal
  2. Kemasukan ke semester 1, tahun 1

Bantuan Skim Dana Ehsan (SDEP)

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

Perlaksanaan SDEP yang diberi sekali dalam tempoh pengajian sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan disamping memberi dorongan memperoleh keputusan akademik yang cemerlang dan tamat pengajian.

Bantuan Kewangan Anak Sarawak

Bantuan ini bertujuan untuk menyediakan biasiswa kepada pelajar cemerlang yang mengikuti kursus dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) sahaja.

Syarat kelayakan adalah seperti di bawah:

  • Anak Jati Sarawak (sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya kelahiran Sarawak).
  • Pelajar Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS terpilih di dalam negara dengan CGPA 3.0 ke atas.
  • Pelajar Ijazah Lanjutan (Sarjana, PhD & Kepakaran) yang mengikuti pengajian di IPT di dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan sahaja.

 

Bantuan Skim Pembiayaan Pendidikan Tinggi (SPIN)

Pembiayaan Pendidikan Tertiari (PPT) diwujudkan bagi menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak bagi membiayai pengajian diperingkat Pra Universiti, Sijil dan Program Kemahiran .

Pelaksanaan PPT bertujuan memberi peluang kedua kepada pelajar yang tidak mendapat pembiayaan daripada mana-mana pihak dan kepada yang berminat dengan kemahiran. Mengamalkan konsep “Train & Place” dengan mengutamakan program pengajian yang mempunyai kebolehpasaran pekerjaan yang tinggi kepada pelajar yang dibiaya seterusnya dapat meningkatkan keperluan tenaga mahir kepada negara.

Bantuan Permohonan Insentif Harapan Siswa (IHS) dari Yayasan Pelajaran Johor

  • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
  • Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
  • Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
  • Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  • Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  • Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  • Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  • Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ

Bantuan Awal Pengajian IPTA / IPTS daripada Pusat Zakat & Baitulmal Majlis Agama Islam Adat Melayu Terengganu

BANTUAN AWAL PENGAJIAN IPT DALAM & LUAR NEGARA

  • Pemohon adalah Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu atau pemastautin tetap di negeri
    Terengganu tidak kurang daripada tiga (3) tahun berturut-turut sebelum melanjutkan pelajaran.
  • Beragama Islam, Baligh, berakal dan merdeka.
  • Surat pengesahan mastautin diperlukan bagi pelajar dan keluarga yang bukan rakyat Terengganu tetapi lama menetap /bermastautin di Terengganu yang disahkan oleh Amil Zakat/Ketua Kampung
  • Pelajar yang baru mendapat tawaran melanjutkan pengajian dan disalurkan melalui sinf fisabilillah dan miskin.
  • Tahap pengajian yang boleh dipertimbangkan ialah Sijil/Pra Diploma/Asasi, Diploma, Ijazah Pertama (B.A), Master dan
    PHD.
  • Telah diterima belajar di institusi pengajian tinggi atau institusi pengajian kemahiran dalam negara walaupun tidak
    diiktiraf oleh JPA
  • Pemohon tidak mempunyai sebarang pendapatan sendiri atau tetap samaada bergaji penuh atau sebahagian.
  • Layak dipertimbangkan bantuan sekali sahaja untuk setiap satu tahap pengajian.
  • Keutamaan diberikan untuk pengajian sepenuh masa, walaubagaimanapun pengajian separuh masa boleh
    dipertimbangkan dan tempoh pengajian tidak kurang daripada enam (6) bulan.
  • Permohonan boleh dibuat tidak lebih 3 bulan dari tarikh pendaftaran dan dokumen hendaklah diserahkan dalam tempoh
    tersebut sahaja ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
  • Permohonan bantuan tidak boleh dipertimbangkan sekiranya terdapat mana-mana ibu dan bapa pemohon tidak
    menunaikan zakat kepada MAIDAM.

Bantuan IPT kewangan pendidikan anak negeri dari Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) 

Silat klik nama bantuan untuk borang permohonan.

Bantuan Anak Selangor Masuk Universiti (hadiah pengajian IPT)

  1. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.
  2. Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
  3. Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
  4. Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
  5. Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  6. Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah; dan
  7.  Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.
  8. Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
  9. Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
  10. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
  11. Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
  12. Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
  13. Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.

Bantuan Dermasiswa Yayasan Negeri Perak

  • Bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.
  • Bantuan ini bertujuan untuk:-
  1. Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar Negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan.
  2. Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  3. Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.
  4. Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

Skim Bantuan Sara Hidup dan Kecemasan Anak Perak

Bantuan ini bertujuan untuk:

1. Meringankan beban mahasiswa yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mahasiswa fokus terhadap pelajaran tanpa terganggu dengan masalah kewangan.

2. Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan Mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga.

Bantuan Kemasukan Ke IPT oleh Tabung Baitulmal Pendidikan Negeri Sarawak

Membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar Islam yang kurang berkemampuan yang mendapat tawaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi dalam mahupun luar negara. Skop bantuan IPT dalam negara adalah bagi tujuan pendaftaran di Semester 1 Tahun Satu sahaja pada peringkat Diploma atau Ijazah Pertama, dan Sarjana bagi membolehkan mereka mendaftarkan diri. Sementara itu, skop IPT luar negara pula dikhususkan bagi peringkat Ijazah Pertama dan Sarjana sahaja dan lebih kepada bantuan sokongan kepada pemohon.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Pelajar Islam Sarawak atau mereka yang bermastautin di negeri Sarawak sahaja.
  • Mendapat Surat Tawaran untuk melanjutkan pelajaran bagi IPT dalam negara (di peringkat Diploma,Ijazah Pertama dan Sarjana) ataupun IPT luar negara (diperingkat Ijazah Pertama dan Sarjana sahaja) yang diiktirafkan oleh kerajaan.
  • Keutamaan adalah kepada pelajar yang belum mendaftarkan diri di IPT. Permohonan hanya dibuka selama 40 hari (Termasuk hari Sabtu, Ahad & cuti umum) dari tarikh pendaftaran bagi mana-mana pelajar yang telah mendaftarkan diri di IPT.
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  • Borang Permohonan yang dikembalikan untuk diproses melebihi daripada 3 bulan ( termasuk cuti sabtu, ahad dan cuti umum ) dari tarikh pendaftaran pemohon berkenaan tidak akan dilayan.
  • Bantuan tidak diberi kepada pemohon yang ada menerima pendapatan atau sokongan kewangan bulanan dari majikan (separuh atau lebih gaji sebulan).

Bantuan Sambung Belajar ke IPT untuk Anak kelantan

SYARAT-SYARAT AM MEMOHON :

  • Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
  • Beragama Islam.

SYARAT-SYARAT KHUSUS MEMOHON :

  • Merupakan bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPT tempatan di peringkat pengajian asasi, diploma dan ijazah bagi pelajar semester satu sahaja.
  • Pemohon layak memohon sebelum tarikh daftar atau selewat-lewatnya 2 bulan selepas tarikh pendaftaran di institusi pengajian masing-masing.
  • Pemohon terdiri daripada golongan asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.
  • Perlu memohon secara online (Klik sini)
  • Tiada tajaan dan bantuan daripada badan atau agensi yang berkaitan.
  • Bidang pengajian yang memberi manfaat dan tidak menyalahi hokum syara’.
  • Bantuan diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di IPT.
  • Kadar bantuan : Kategori Fakir Miskin
    -Pengajian peringkat Ijazah – RM 2,500.00
    -Pengajian peringkat Diploma – RM 1,700.00
    -Asasi, matrikulasi, tahmidi, pra, sijil – RM 500.00
  • Kadar bantuan : Kategori fisabilillah
    -Diploma dan Ijazah– RM 500.00

Bantuan TAPEM Melaka

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka.
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  • Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat dan telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan dan Pegawai
  • Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang.
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan.
  • Permohonan Yang Tidak Lengkap Dan Tidak Mengikut Syarat, Permohonan Tidak Di Pertimbangkan.

Bantuan Derma Siswa Sambung pelajaran ke IPT Untuk Anak negeri Kedah

Silat klik nama bantuan untuk borang permohonan.

Geran Yayasan Pahang (Bantuan Kepada pelajar IPT Untuk Dermasiswa Anak Pahang)

Silat klik nama bantuan untuk maklumat lanjut borang permohonan.

Bantuan Dana Kewangan IPT di Negeri Sembilan

Silat klik nama bantuan untuk maklumat lanjut borang permohonan.

Duit Bantuan Wang untuk Kemasukan Ke IPT bagi Anak Perlis dari Pusat Zakat Perlis

Bertujuan untuk membantu golongan fakir, miskin dan muallaf dalam bentuk kewangan bagi meringankan bebanan kewangan mereka.

  • Asnaf
  • Fakir, Miskin dan Muallaf.
  • Syarat-syarat Pemohon memenuhi syarat-syarat umum dan berhadapan situasi seperti berikut:
  • Tergolong dalam asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf yang menghadapi masalah kekurangan belanja untuk saraan hidup.
  • Terputus bekalan kewangan untuk makanan, pakaian, atau perlindungan (rumah).
  • Anak yatim yang kehilangan tempat bergantung.

Bantuan Mahasiswa Bakti Desa

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan satu (1) mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.

Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara “one off” sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)

Syarat-syarat dan kriteria yang melayakkan pelajar mendapat BKPKK ialah:

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Bantuan Pendidikan Untuk Pelajar Asas Universiti Awam (UA)

Syarat-syarat dan kriteria untuk memohon Bantuan Kewangan Asasi ialah:

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40;
  • Pelajar yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
  • Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maklumat Lanjut

Dengan ini, memang terdapat banyak bantuan-bantuan yang boleh dimohon atau moratorium yang boleh didapati jika anda mengisi permohonan dengan betul. Memang terdapat banyak syarat kelayakan yang perlu dipenuhi dan anda bolehlah membaca artikel-artikel bantuan kerajaan ini di MyInfoKerja.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment