Bantuan Kewangan Khas Sempena Aidilfitri Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan kewangan Khas telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan (Negeri dan Persekutuan) bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri Untuk rakyat malaysia.

Antara bantuan kewangan itu adalah apa yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri. Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan bantuan khas ini:

Lihat Info Bantuan i-Perantau Dan Cara Memohon I-Perantau

Bantuan kewangan Khas Insentif RM1,000

Bantuan kewangan Khas

Dalam pada itu, pihak Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk memberikan Insentif Rahmah Ramadan Selangor sebanyak RM1,000 kepada pemimpin masyarakat seperti Pengerusi MPKK; Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan, Tersusun, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor (WBS).

Manakala, RM500 pula diberikan kepada Penggerak Belia Selangor (PeBs) dan para penggerak masjid iaitu Nazir, Imam, Siak dan Bilal atas dedikasi mereka pengimarahan masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Jumlah Bayaran

Bantuan kewangan Khas

Bantuan Khas Kewangan (BKK) ini pada asasnya melibatkan sumbangan kewangan sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri Selangor.

Malah, BKK turut disalurkan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN); Speaker; Timbalan Speaker; Ahli Dewan Negeri; pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

JOIN TELEGRAM: https://t.me/mohonkerjaya

Tarikh Dikreditkan

Pembayaran ini akan disalurkan kepada setiap yang layak pada tarikh 27 April 2022, Rabu.

Diharapkan pemberian bantuan kewangan khas ini akan dapat memudahkan dan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri masyarakat, khususnya para penduduk Selangor.

Bantuan kewangan Khas

Sumber: salamkerjaya

MyinfoKerja

Rujuk Senarai Jumlah Bantuan BKM Untuk Kategori Keluarga 2022

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ bantuan kewangan khas ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Leave a Comment