Bantuan Kewangan JKM Rm2700 – Kelayakan & Cara Memohon

Bantuan Kewangan JKM melibatkan pemberian bantuan kewangan RM2,700 secara ‘one-off’. Bantuan itu dikenali sebagai Geran Pelancaran dan ini adalah penjelasannya.

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan – sama ada diperingkat Persekutuan dan Negeri.

Bantuan Kewangan JKM

Bantuan Kewangan JKM

Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu / keluarga;

Syarat-syarat Kelayakan

Pemohon merupakan kumpulan sasar JKM.

Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Pemohon mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia.

Cara Memohon

Permohonan bantuan JKM boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian terdekat.

Dimaklumkan bahawa Geran Pelancaran ini hanya diberikan kepada kumpulan sasar JKM sahaja. Ini bermakna, bantuan Geran Pelancaran hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.

Makanya, pemohon perlulah mengemukakan permohonan bantuan bulanan JKM terlebih dahulu dan sekiranya telah tersenarai sebagai penerima bantuan, pemohon bolehlah mengemukakan permohonan untuk bantuan Geran Pelancaran.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, sila rujuk di portal rasmi JKM atau DI SINI.

Semua artikel Myinfokerja share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “ Bantuan Kewangan JKM Rm2700 – Kelayakan & Cara Memohon ” sahaja. Myinfokerja tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Lihat Juga : Elaun EPB RM400 – Pekerja Yang Layak Menerima Bantuan Elaun

Lihat Juga : Bantuan Bayi RM300 Untuk Yang Baru Lahir

Bantuan Kewangan JKM

Bantuan Kewangan JKM

Leave a Comment