Bantuan Kewangan IKPP : Permohonan & Kelayakan
Bantuan Kewangan IKPP : Permohonan & Kelayakan. Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk membuat permohonan bantuan kewangan ikpp ini.
Semak selanjutnya di bawah ini bagi panduan untuk memohon bantuan ini.
Baca Juga : Bantuan Kecemasan MAIWP: Semakan Permohonan 2022
Bantuan Kewangan IKPP
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya termasuklah sebuah jenis bantuan kewangan sebanyak RM250 yang dikenali sebagai Insentif Khas Pasangan Pengantin (IKPP) untuk mereka yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:
Syarat Kelayakan Bantuan Kewangan IKPP
Berikut adalah syarat yang perlu di penuhi untuk memohon permohonan bantuan ini. Antaranya adalah:
Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang dan pengantin perlu membuat permohonan pengesahan di Pejabat Agama Islam.
Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih dan perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.
Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang. (Kebenaran Luar Negeri (KBLN). Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang, dan Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif.
Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah;
Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan);
Permohonan Bantuan Kewangan IKPP
Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan IKPP boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan IKPP dan melampirkannya bersama:
2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang);
1 Salinan catatan akad nikah pemohon;
2 Salinan penyata akaun bank pemohon.
Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.
Untuk maklumat lengkap berkenaan IKPP sila rujuk DI SINI dan borang permohonan boleh dimuat turun DI SINI.
Untuk maklumat lanjut, layari pautan di bawah ini untuk membuat permohonan bantuan ikpp ini.