CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS KEWANGAN KESAN MUDARAT VAKSIN COVID-19 (KKM)

Apa itu Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat COVID-19?

Kerajaan bersetuju memperuntukkan bantuan khas kewangan bagi kesan mudarat vaksin COVID-19 untuk rakyat tempatan dan warga asing berjumlah RM10 juta yang memperolehnya melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

Syarat kelayakan

Warganegara Malaysia yang menerima vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan mendapat kesan sampingan yang serius selepas menerima vaksin COVID-19. Kriteria yang perlu dipenuhi ialah:

  1. Adverse Events Following Immunisation (AEFI) mesti dikategorikan sebagai serius berdasarkan laporan penilaian oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19;
  2. Laporan AEFI hendaklah dihantar kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) oleh anggota kesihatan yang merawat pesakit;
  3. AEFI serius telah berlaku dalam tempoh tiga (3) bulan selepas menerima vaksin;
  4. Bagi kes kematian, laporan bedah siasat hendaklah disertakan;
  5. permohonan hanya dipertimbangkan sekiranya dihantar dalam tempoh satu tahun dari tarikh berlaku AEFI. Bukti dan rekod dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan.

Cara Permohonan

Berikut adalah cara permohonan yang perlu diteliti supaya permohonan diterima kerana permohonan tidak lengkap akan ditolak:

1. Mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap.
(i) Borang A yang lengkap diisi (Dokumen Asal);
(ii) salinan Kad Pengenalan (Salinan Diakui Sah);
(iii) penyata gaji;
(iv) borang Akuan Bekerja Sendiri/Tiada Pendapatan;
(v) laporan perubatan penuh dan rekod perubatan (jika mendapatkan rawatan di
fasiliti kesihatan swasta); dan
(vi) bagi kes kematian, laporan bedah siasat hendaklah disertakan.

2. Hantar permohonan yang lengkap melalui pos / email ke:-

➢ Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Kawalan dan Pemantauan)

➢Alamat rasmi E-mel
[email protected]

➢ Talian lebih lanjut
03-8883 3788/ 3120/ 3741/ 3115

Amaun Bantuan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19

Berikut adalah kadar bantuan yang akan diterima:

  • tidak melebihi RM50,000 jika berlaku kesan advers yang serius kepada penerima vaksin COVID-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital
  • tidak melebihi RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19.

Kaedah Bayaran

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 14 hari selepas mendapat kelulusan JK Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 dan menerima dokumen lengkap.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web  dan muat turun kesemua borang-borang yang diperlukan di sini.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

 

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment