Lihat Cara Tebus Bantuan RM600 Sebulan!! (Foodpanda, Grab, Lalamove) Bantuan Kerjaya Gig

Cara Tebus Bantuan RM600

Dalam insentif Kerjaya Gig ini, pemohon boleh dapatkan bantuan sebanyak RM600. Khas bagi invidu yang ditawarkan pekerjaan sementara/ gig sehingga 6 bulan.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan November 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Apa itu Program Kerjaya Gig?

Program Kerjaya Gig di bawah PenjanaKerjaya ini dikhaskan kepada pekerja yang bekerja sendiri yang menjalankan aktiviti pekerjaan melalui platform aplikasi digital untuk mendapatkan upah & komisyen.

Contoh : FoodPanda, LalaMove, Grabcar & lain-lain.

Syarat Kelayakan

Pekerja yang didaftarkan di PERKESO tetapi ada notis cuti tanpa gaji;
Kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO;
Penganggur lebih 180 hari;
OKU, ibu tunggal, ketua keluarga yang berdaftar e-kasih, bekas banduan & sebagainya.

Semua pekerja yang mahukan program ini perlu berumur 18- 60 tahun ke atas.

Bukti Pembayaran

Gambar resit di bawah adalah salah satu contoh pembayaran bagi mereka yang telah berjaya tebus bantuan kerajaan ini.

Tak rugi pun kalau mohon. Hanya perlu ikut secara teliti cara permohonan tersebut.

1636423322698656 1

Cara Permohonan

Ikuti panduan langkah permohonan di bawah :

  1. Sila daftar di portal rasmi MyFutureJobs di pautan berikut : https://www.myfuturejobs.gov.my/
  2. Cari syarikat yang ada menawarkan kerjaya gig/ freelancer. Pastikan syarikat tersebut sudah berdaftar dengan PERKESO.
  3. Antara yang anda boleh mohon adalah GrabFood, Bungkusit dan lain-lain.
  4. Selepas anda diterima bekerja, anda perlu pastikan syarikat tersebut daftarkan diri anda dalam portal PenjanaKerjaya untuk tebus RM600 tersebut.
  5. Jika lulus, anda akan dapat akses ke dalam portal tersebut melalui email.
  6. Sila kemaskini maklumat peribadi dan aktiviti anda setiap bulan untuk claim.

Jika permohonan anda diluluskan, anda bakal dapat RM600 sebulan selama 6 bulan berturut-turut.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment