Bantuan kerajaan akan diteruskan dengan kemelut politik
Perkhidmatan Awam negara tidak akan terjejas dengan kemelut politik yang melanda negara sebaliknya terus menggalas amanah dipertanggungjawabkan.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, ia berikutan kerjasama serta kesefahaman kukuh dan jitu antara setiap agensi kerajaan menjadi kunci utama kejayaan bagi setiap pelaksanaan program dan inisiatif sedia ada.
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Intipati info bantuan kerajaan 2021
- Beliau melihat dan merasai sendiri bagaimana komitmen dan dedikasi pelbagai pihak terutama penjawat awam yang bertugas tanpa kenal erti penat lelah dalam memastikan usaha kerajaan membendung serta melandaikan keluk jangkitan Covid-19 yang diharungi bersama lebih setahun lalu.
- Penjawat awam akan terus menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan berpegang teguh kepada ikrar Perkhidmatan Awam dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
- “Dalam mendepani situasi semasa, saya memberi jaminan bahawa Perkhidmatan Awam sentiasa memberikan komitmen penuh dalam memastikan sistem penyampaian kerajaan tidak terjejas berteraskan dasar semasa Kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
- Mohd Zuki berkata, urusan pentadbiran seharian akan terus diterajui oleh Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan seperti biasa manakala anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dalam keadaan siap siaga bagi menjaga keamanan dan ketenteraman awam.
- Beliau berkata, segala usaha, bantuan dan inisiatif membabitkan peruntukan yang besar pula tidak akan terjejas demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat, terutama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang menjadi senjata ampuh dalam melawan pandemik Covid-19.
- “Perkhidmatan Awam komited mendukung konsep ‘neutrality’ dan ‘government of the day’ berlandaskan ‘rule of law.’ Jentera kerajaan sentiasa sedaya upaya melaksanakan semua dasar yang diputuskan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat terutama dalam tempoh yang sangat mencabar ini,” katanya.
- Sementara itu, nada sama turut diluahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang mahu semua penjawat awam di seluruh negara melaksanakan tanggungjawab seperti biasa walaupun negara berdepan perubahan landskap politik ketika ini.
(Sumber: Facebook MKN)
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih