Bantuan Kerajaan Bulan September 2023

Bantuan Kerajaan Bulan September 2023

Bantuan Kerajaan Bulan September 2023 . Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato Seri Anwar bin Ibrahim mengumumkan BantuanTunai Rahmah 2023 kepada kumpulan yang layak. Bantuan kewangan ini diwujudkan bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan selain membantu kelangsungan hidup mereka menjelang tahun baharu. Selain STR 2023, terdapat pelbagai lagi bantuan kewangan yang boleh dipohon dan dituntut oleh mereka yang memerlukan. Bantuan Kerajaan Bulan September 2023

Ketahui lebih lanjut tentang jenis bantuan yang boleh dituntut oleh orang yang memerlukan dalam artikel ini. Bantuan Kerajaan Bulan September

Bantuan Kerajaan Bulan September 2023

Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan ini diberikan kepada warga emas bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam masyarakat. Kadar bantuan yang diberikan secara bulanan adalah sebanyak RM500/sebulan. Permohonan bantuan boleh dibuat oleh mereka yang berkelayakan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan atau Bahagian di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh mendapatkan maklumat lengkap di portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini.

Elaun ini diberikan bertujuan untuk menggalakkan golongan OKU untuk terus bekerja, di samping dapat hidup berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang produktif. Kadar bantuan yang diberikan secara bulanan adalah sebanyak RM450/sebulan. Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh mendapatkan maklumat lengkap di portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini.

Bantuan untuk orang kurang upaya tidak dapat bekerja (BTB)

Bantuan ini diberikan kepada orang kelainan upaya (OKU) yang tidak berkemampuan untuk bekerja dengan membantu mereka bertahan selain menggalakkan mereka meneruskan kehidupan bersama keluarga. Kadar bantuan yang diberikan secara bulanan adalah sebanyak RM300/sebulan. Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh mendapatkan maklumat lengkap di portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini.

Bantuan Penjagaan untuk Pesakit Orang Kurang Upaya / Terbengkalai Secara Kronik (BPT)

Bantuan ini diberikan kepada orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit kronik yang tiada tempat tinggal bagi meringankan beban keluarga atau penjaga di samping menggalakkan keluarga atau penjaga menjaga ahli keluarga yang hilang upaya, gelandangan atau sakit kronik. Kadar bantuan yang diberikan secara bulanan adalah sebanyak RM500/sebulan. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Jajahan dan Bahagian di seluruh negara. Maklumat lanjut boleh lihat di sini.

Skim Penjagaan Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40)

Bantuan Tunai B40 telah dijenamakan semula kepada nama baharu, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. Pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri Malaysia telah memutuskan STR Fasa 1 bagi kumpulan B40 yang akan diserahkan pada Mac 2023, dipercepatkan pada 17 Januari 2023 demi meringankan beban sara hidup rakyat.

Seramai 8.7 juta penerima bantuan tunai di mana empat juta isi rumah menerima RM300 dan 1.2 juta warga emas tanpa pasangan menerima RM100 dan 3.5 juta orang bujang menerima RM100.

Pembayaran STR fasa 2 juga boleh mula disemak dan diedarkan mulai 5 April 2023 secara berperingkat. Penerima pembayaran STR Fasa 2 merujuk kepada penerima STR Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2023. Anda boleh menyemak lanjut status pembayaran STR Fasa 2 di laman web MySTR di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2023 dan juga berkaitan agihan bayaran, sila rujuk portal rasmi STR 2023 di sini.

Bantuan Kerajaan Bulan September 2023

BACA JUGA: TERKINI :UMUR PERSARAAN MALAYSIA AKAN DINAIKKAN KEPADA UMUR 65 TAHUN

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment