Bantuan Kerajaan – Bulan Disember 2022

Bantuan Kerajaan – Bulan Disember 2022

Bantuan Kerajaan. Memasuki bulan 12, terdapat beberapa bantuan Kerajaan yang anda boleh mohon pada Disember 2022.

Sedikit bantuan boleh dipohon pada Disember ini sama ada daripada kerajaan pusat, kerajaan negeri atau agensi lain. Pastinya bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan apabila rakyat berhadapan dengan kesan kenaikan harga barang.

Mohon Bantuan Kerajaan Sehingga RM2500
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan bulan Disember 2022.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa berkongsi rezeki dengan orang lain.

Bayaran Bantuan Kewangan JKM Disember 2022

Bayaran Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi bulan Disember akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.

Bagi bulan Disember, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 dan 10 Disember 2022.

Sila rujuk laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk maklumat terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan pembayaran bantuan November.

Borang Permohonan JKM

Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (i-Push)

Permohonan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (i-Push) akan ditutup pada tarikh 14 Disember 2022.

Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) ialah Pinjaman Kredit Mikro i-PUSH tanpa faedah untuk usahawan kecil meneruskan perniagaan mereka dengan baik semasa situasi inflasi hari ini.

Khas untuk golongan B40.

Permohonan dibuat secara dalam talian melalui portal berikut: https://smu.pahang.gov.my/mohon.php

Bantuan Kerajaan

Diskaun PTPTN

Selaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2023, kerajaan bersetuju memberi insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.

Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN dari 1 November 2022 hingga 30 April 2023 pada kadar berikut:

  1. Diskaun 20 peratus ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  2. Diskaun 15 peratus untuk pembayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam satu pembayaran; dan
  3. Diskaun 15 peratus untuk pembayaran melalui potongan gaji atau debit terus berjadual.

Bantuan Kerajaan

Peminjam boleh mendapatkan pengesahan baki untuk tujuan pembayaran penuh melalui portal PTPTN melalui pautan berikut

https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama atau Boleh menghubungi mana-mana Eksekutif Pemasaran PTPTN melalui pautan berikut https://www.ptptn.gov.my/bhunguni-ptptn

Bantuan Zakat Selangor Peduli

Bagi warga Selangor khususnya Asnaf yang berdaftar di negeri Selangor yang terlibat dalam bencana banjir, anda kini boleh memohon bantuan ‘LZS Peduli’

Ini adalah salah satu inisiatif bantuan dari Zakat Selangor secara “ONE-OFF” kepada KETUA-KETUA KELUARGA yang terjejas akibat BANJIR. Hanya SATU PERMOHONAN bagi setiap rumah kediaman.

Bantuan Kerajaan

Semoga dipermudahkan urusan. Bantuan KerajaanTarikh permohonan dibuka dari 21 NOVEMBER 2022 – 31 JANUARI 2023.

Untuk permohonan lanjut, sila layari www.zakatselangor.com.my/peduli

Baca sini: Bantuan Tunai Rakyat 2023 Tarikh dan Jumlah Bayaran, Semak Maklumat Lanjut – MyInfokerja

Baca juga: Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia 2023, Mohon Segera! – MyInfokerja

Leave a Comment