Bantuan Kerajaan 2022: RM1000 Untuk Rakyat Malaysia Berumur 30 Tahun Ke Bawah

Bantuan Kerajaan 2022, RM1000 Untuk Rakyat Malaysia Berumur 30 Tahun Ke Bawah

Pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan belia RM1,000 untuk mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun yang mana bantuan tersebut masih lagi dibuka sehingga tahun 2022.

TUJUAN BANTUAN

Sehubungan dengan itu, insentif ini memberikan peluang kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menambah pengalaman dalam bekerja bagi meningkatkan mutu kemahiran melalui on-the-job-training.

SYARAT KELAYAKAN:

Dalam program Bantuan Kerajaan 2022 ini, mereka yang ingin memohon perlu mempunyai kriteria dan syarat-syarat seperti berikut:

  1. Merupakan Warganegara Malaysia
  2. Lepasan sekolah/graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
  3. Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
  4. Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.

CARA MOHON BANTUAN:

Untuk membuat permohonan bantuan kerajaan 2022 ini, pihak majikan perlu memohon Penjana Kerjaya secara atas talian (online) melalui portal rasmi PERKESO di https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php

Kepada belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh mendaftarkan diri sebagai pengguna dan isi setiap maklumat bagi melakukan permohonan menerusi program yang ditawarkan di portal rasmi MyFutureJobs – klik DI SINI

Bantuan Kerajaan 2022

Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja

Disclaimers –  Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan ” Bantuan Kerajaan 2022 ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Leave a Comment