CARA MOHON & SEMAK SYARAT KELAYAKAN BKK TERKINI
Bantuan Kanak-Kanak Terkini 2022. Berikut adalah maklumat lanjut permohonan baru dan semakan syarat kelayakan bantuan BKK terkini 2022.
anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga bagi ibubapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah.
BANTUAN KANAK-KANAK
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga dan kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini hanya RM450.
Jumlah BKK lama :
- Maksimum bagi seseorang anak akan menerima RM100.
- Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang.
Jumlah BKK 2022 :
- Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang.
- Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapat RM200 sebulan seorang.
- Maksimum sebanyak RM1000 sebulan untuk sebuah keluarga
SYARAT KELAYAKAN
Untuk semakan syarat kelayakan bantuan kanak-kanak anda yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga menengah atas sahaja). Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
CARA MOHON
Untuk Cara mohon bantuan kanak-kanak anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda Jika terdapat sebarang permasalahan dan pertanyaan dalam membuat permohonan.
Berikut dikongsikan cara memohon BKK 2022 :-
1. Layari
2. Cetak
3. Cetak Borang Kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu.
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.
Baca Juga Sini: