Semak Cara Permohonan Bantuan Kanak Kanak (BKK) Maksimum RM1000 Sebulan

Apa itu Bantuan Kanak-Kanak (BKK)?

BKK bertujuan membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

Syarat kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas;
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan

Cara Permohonan

Berikut adalah cara permohonan yang perlu diteliti supaya permohonan diterima kerana permohonan tidak lengkap akan ditolak:

a) Secara online:-

  1. Klik pada link pautan ini bagi memohon secara online, http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Seterusnya klik pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian”
  3. Sila isi kedua-kedua borang A dan borang B secara lengkap dengan info dan maklumat anda yang terkini & sahih
  4. Setelah itu, Klik pada butang ‘KEPUTUSAN’

b) Pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian

Dokumen yang perlu dibawa:

Amaun Bantuan Kanak Kanak

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :

i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web  di sini untuk daftar dan papan iklan di sini.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment