Bantuan Kahwin RM1000 Pasangan Bagi Negeri Johor kini dibuka untuk bukan anak jati Johor.
Bantuan di bawah insentif Orang Muda Johor (OMJ) itu diberi kepada setiap pasangan pengantin yang pertama kali berkahwin dengan syarat, pendapatan bersama adalah RM5,000 ke bawah ”Kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.
Seorang pasangan sudah menetap di negeri ini melebih tiga tahun juga boleh mohon dengan syarat pendapatan bersama adalah RM5,000 ke bawah .
Kerajaan negeri Johor mengalu-alukan semua masyarakat yang tinggal dan berkhidmat di Johor memohon bantuan berkenaan dengan dana RM10 juta diperuntukkan kerajaan negeri.
Sejak permohonan dibuka April lalu, 200 pasangan sudah menerima bantuan berkenaan,” katanya, Bagi bantuan berkenaan, RM6 juta diperuntukkan kepada pasangan Islam, manakala RM4juta untuk pasangan bukan Islam.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Raja Sehari Negeri Johor untuk maklumat bersama.
Lihat di sini : Permohonan & Kelayakan Bantuan Warga Emas
Lihat Juga : Permohonan Online Baharu Kwsp i Lindung 2022 Terkini
Bantuan Kahwin Rm1000
Menerusi Bantuan Kahwin Rm1000 ini, pasangan yang berkahwin akan menerima bantuan RM1000 untuk menampung perbelanjaan memulakan kehidupan berumahtangga.
Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor merupakan salah satu inisiatif menerusi Bantuan Kasih Bangsa Johor yang diumumkan Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi.
Cara Permohonan Bantuan Kahwin
Dokumen yang perlu disertakan untuk membuat permohonan Bantuan Raja Sehari / Bantuan Perkahwinan Johor 2022 adalah seperti berikut:
Salinan surat perakuan nikah (Sijil nikah). Jika surat perakuan nikah hilang, pemohon perlu mendapatkan salinan asal dari Pejabat Kadi Daerah / Pejabat Agama Islam Daerah.
Salinan buku bank / penyata bank (Lelaki dan perempuan).
Salinan kad pengenalan (Lelaki dan perempuan).
Slip gaji suami dan isteri atau pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung atau Penghulu.
Surat Akuan Mastautin daripada Penghulu / Ketua Kampung.
Muat Turun Borang Pendaftaran : Download
Syarat Permohonan
Syarat Permohonan bantuan kahwin rm1000 ini adalah seperti berikut:
Bermastautin dalam negeri Johor melebihi 3 tahun.
Perkahwinan kali pertama sahaja dan didaftarkan di Negeri
Johor dari tarikh 14 April hingga 31 Disember 2022.
Pendapatan suami dan isteri berjumlah RM5,000.00 ke bawah.
Permohonan dibuat bermula pada 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 sahaja.
Satu pasangan layak memohon sekali sahaja bantuan ini.
Pemohon (suami atau isteri) hendaklah hadir sendiri
menghantar permohonan di kaunter Pejabat Kadi Daerah.
Orang Muda Johor berumur 40 tahun ke bawah.
Maklumat Lanjut
Hubungi Jabatan Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2076330/31/32 jika anda mempunyai sebarang Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Raja Sehari Orang Muda Johor ini.