Permohonan Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera 2021: Bagi Warga Emas, Ibu Tunggal, Anak Emas, Bantuan OKU

Apa itu Sistem iSejahtera?

Sistem iSEJAHTERA adalah portal yang menguruskan program kebajikan kerajaan negeri Pulau Pinang

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

Jenis-Jenis Bantuan iSejahtera

i. Program Penghargaan Warga Emas
ii. Program Bantuan Ibu Tunggal
iii. Program Bantuan OKU
iv. Program Anak Emas
v. Program Bantuan Ibu Emas
vi.Program covid

Bantuan yang diberikan adalah berbentuk kewangan mengikut jenis program yang dipohon.

  • Bagi Program Penghargaan Warga Emas, sumbangan wang sebanyak RM150 setahun sekali diberikan dan
  • Bagi warga emas yang meninggal dunia, sumbangan RM1000 secara one-off diberikan kepada waris warga emas.
  • Bagi Program Bantuan Ibu Tunggal dan Ibu Emas sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali diberikan manakala
  • Sumbangan OKU dinaikkan dari RM100 ke RM150 setahun sekali.
  • Sekiranya Ibu Tunggal atau OKU meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan kepada waris Ibu Tunggal & OKU.
  • Bagi Program Anak Emas, setiap bayi yang didaftarkan dalam program ini akan menerima sumbangan RM200 sekali sahaja (one-off).

Syarat Permohonan

Bagi Bantuan Ibu Tunggal, berikut adalah syarat-syaratnya

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
  3. Bercerai atau kematian suami
  4. Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar
  5. Tidak berkahwin semula.
  6. Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.

Bagi Bantuan Warga Emas, berikut adalah syarat-syaratnya

  1. Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas semasa mendaftar.
  2. Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang. KLIK UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH

Bagi Bantuan OKU, berikut adalah syarat-syaratnya

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bermastautin di Negeri Pulau Pinang.
  3. Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.
  4. Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke bawah semasa mendaftar.

Sila rujuk pada bahagian belakang borang permohonan atau menerusi sistem iSejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/syarat.php

Cara Memohon

Pemohon yang ingin memohon Bantuan Ibu Tunggal ini boleh mendaftar secara atas talian (online).

Permohonan manual juga boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.

Cara Pembayaran

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak.

Bolehkah saya memohon lebih daripada satu bentuk Program Kebajikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Tidak. Setiap pemohon hanya dibenarkan membuat permohonan bagi SATU bentuk program bantuan sahaja kecuali bagi Program Anak Emas (sila rujuk syarat-syarat permohonan)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila rujuk laman web rasmi iSejahtera di pautan berikut: https://isejahtera.penang.gov.my/hubungi.php

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment