Insentif Bagi Pemandu Pelancong & Agensi Pelancongan Johor
Permohonan Bantuan Insentif One-Off kepada Pemandu Pelancong Negeri Johor dan Syarikat Agensi Pelancongan Negeri Johor dilanjutkan sehingga 31 MEI 2021.
Permohonan adalah terbuka HANYA kepada Pemandu Pelancong dan Syarikat Agensi Pelancongan yang BELUM PERNAH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SEBELUM INI SAHAJA.
Untuk makluman, bantuan insentif ini disalurkan melalui Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Johor (MOTAC) bagi membantu pemandu pelancong dan syarikat agensi pelancongan yang terjejas akibat pelaksanaan PKP dan COVID-19.
Dengan pemberian bantuan insentif ini, diharapkan mampu membantu pemandu pelancong dan syarikat agensi pelancongan Negeri Johor dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini.
–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021
Syarat Kelayakan
Syarat permohonan bagi pemohon sama ada pemandu pelancong dan agensi pelancongan yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
i) Pemandu Pelancong
- Pemohon berdaftar sebagai Pemandu Pelancong dengan MOTAC Negeri Johor sebelum 30 April 2020.
- Permohonan yang dihantar mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana berikut:
a) Salinan Kad Pengenalan
b) Salinan Lesen Pemandu Pelancong
c) Salinan akaun bank yang sah dan milik pemohon
d) Jumlah bilangan tugasan sepanjang tahun 2019 dan 2020 - Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor.
- Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
- Pemohon diwajibkan menghadiri kursus pengukuhan bagi pemandu pelancong yang akan dimaklumkan kelak.
ii) Agensi Pelancongan
- Mempunyai Lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan yang sah dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
- Mempunyai salinan akaun bank yang sah yang memaparkan nama bank dan nombor akaun dengan jelas.
- Pemohon mestilah syarikat tempatan yang berada di Negeri Johor.
- Pemohon mestilah agensi pelancongan yang mempromosi dan membawa pelancong ke Negeri Johor sahaja.
- Pemohon diwajibkan untuk menyertakan pakej pelancongan Johor yang sedia ada serta statistik jualan pakej pelancongan tahun 2017-2020.
- Pemohon yang telah membuat Permohonan Insentif Agensi Pelancongan pada fasa 1 tidak dibenarkan membuat permohonan.
Cara-Cara Memohon
Berikut adalah cara-cara yang perlu diikut bagi memohon bantuan insentif ini:
- Isi borang permohonan secara online di sini. Borang permohonan sepertimana berikut : (Agensi Pelancong : https://forms.gle/Z5mEQNQxD9gtShKM9) dan (Pemandu Pelancong: https://forms.gle/GUpX3fPLBQoW5XGv7)
- Isi maklumat yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan lajut, sila hubungi pihak Tourism Johor di talian 07-223 4935 atau 07-224 9960.
–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran