Berikut adalah Semakan Bantuan Ibu Bersalin RM450 Serta Syarat Permohonan & Cara Mohon Bantuan. Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemberian sebanyak RM450.00 dalam bentuk tunai kepada setiap ibu berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus ‘K’ yang melahirkan anak bagi membantu keperluan ibu selepas melahirkan anak seperti pemakanan sihat serta penjagaan diri semasa tempoh berpantang, bermula tahun 2020 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.
Baca Lagi Sini: Maklumat & Syarat Permohonan Jawatan JPJ 2022
Syarat Permohonan Bantuan Ibu Bersalin
Berikut merupakan Syarat permohonan bantuan ibu bersalin sebanyak rm450. Semak seperti berikut di bawah ini. Semua syarat permohonan juga wajib disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection);
- Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
- Permohonan boleh dibuat apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin.
- Salinan kad pengenalan / pasport Ibu.
- Salinan kad pengenalan / pasport pasangan atau penjaga;
- Salinan sijil perkahwinan sekiranya pemohon bukan berstatus ‘K’;
- Salinan buku rekod kesihatan ibu;
- Salinan penyata akaun bank terkini; dan
- Salinan nota discaj atau sijil lahir bayi atau surat pengesahan mengandung 22 minggu ke atas daripada pegawai perubatan.
Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin
Berikut adalah panduan cara memohon Permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) boleh dibuat melalui. Baca dahulu Peringatan dan Makluman seperti di bawah ini.
Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi bermula tahun 2020. Permohonan ini hanya sah bagi tempoh enam (6) bulan dari tarikh anda memohon.
Sekiranya tiada dokumen lengkap yang diterima dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan ditolak secara automatik tanpa sebarang notifikasi dihantar dan Permohonan yang tidak lengkap dari segi dokumen tidak akan diproses.
(a) Manual di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, MASJA II (Kuching sahaja). Borang Permohonan boleh dimuat turun di pautan (a)
(b) Online di aplikasi iSarawakCare Muat turun aplikasi/app di Google Play Store dan Apple App Store
Maklumat Lanjut: Klik Pautan (b)
(a) http://bit.ly/borangbib2022 (b) https://isarawakcare.sarawak.gov.my
Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi kami di e-mel: [email protected] atau rujuk dalam aplikasi iSarawakCare.
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari iSarawakCare. KLIK DI SINI untuk mengetahui lnfografik Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
Perhatian – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.