Semakan Status Pedaftaran Bantuan i-Suri Sebanyak RM480

Berikut adalah dikongsikan semakan status permohonan bantuan i-Suri yang berjumlah Rm480. Semak Status permohonan anda di bawah.

Bantuan i-Suri KWSP kini kembali diteruskan demi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah untuk mengiktiraf pengorbanan mereka.

Bantuan i-Suri

Jumlah Bantuan i-Suri Keseluruhan

  1. Pembayaran sebanyak RM 480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya termasuk 2021 dan 2022.
  2. Tahukah anda, bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM 2,500.
  3. Penerima iSuri juga turut akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.
  4. Bantuan hilang upaya turut disediakan

Lihat juga: Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Kosong TNB

Syarat Kelayakan Bantuan i-Suri KWSP

Bantuan i-Suri

Kepada sesiapa yang berminat membuat pendaftaran iSuri ini, anda perlu mempunyai kelayakan telah ditetapkan :
Warganegara Malaysia
Golongan suri rumah yang berdaftar di bawah eKasih
Belum mencapai umur 60 tahun
Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun ke dalam akaun KWSP
Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
Siapa Yang Boleh Mencarum ?
Suami bagi pasangan yang layak
Diri sendiri (Isteri)

Borang Pendaftaran & Cara Permohonan

Bantuan i-Suri

Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan dan ingin mendaftar insentif ini, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP dengan membawa MyKad serta dua borang berikut:

  • Borang i-Suri – KWSP 16G(M) BORANG (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) BORANG (Semasa pembayaran)
  • Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkataan kerajaan Pakatan Harapan telah memperuntukkan RM 20 juta bagi menjayakan program ini.

Caruman ini akan melibatkan 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih.

Pembayaran Caruman Bantuan i-Suri

Bagi melayakkan suri rumah untuk mendapat RM 40 sebulan, caruman individu hendaklah dibuat ke dalam akaun KWSP dengan jumlah minimum RM 5 sebulan atau RM 60 setahun.

Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga kaedah berikut :

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, BSN dan RHB Bank.
  • Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

Peringatan !

Pemohon hendaklah berdaftar dalam sistem eKasih. Ini termasuklah isteri dan ketua isi rumah wanita (balu, bercerai ataupun bujang)

Semakan Status Pedaftaran iSuri

  1. Anda perlu layari portal rasmi e-kasih di pautan berikut -Semakan Online
  2. Anda perlumasukkan maklumat No Kad Pengenalan dan klik cari untuk semak pendaftaran.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Myinfokerja.com

Leave a Comment