Bantuan i-Sejahtera 2022 Khas Negeri Pulau Pinang

Bantuan i-Sejahtera Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan bantuan i-Sejahtera 2022 buat rakyat di negeri itu yang dijangka bermula pada penghujung April ini dan dijangka selesai sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Bantuan i-Sejahtera

Info: Maklumat Penuh Tentang Bantuan Raya 2022 Untuk Semua Negeri Malaysia

i-Sejahtera 2022

Antara jenis bantuan di bawah program i-Sejahtera 2022 adalah seperti berikut:

Bayaran (1) Sekali Setahun
Program Penghargaan Warga Emas: RM150
Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100
Program Ibu Emas: RM100
Program Bantuan Orang Kurang Upaya: RM150
Program Bantuan Teksi dan Bas Sekolah
Bayaran One-Off (Secara Terus)
Program Anak Emas: RM200
Khairat Kematian: RM1,000

Syarat Kelayakan

Syarat utama program i-Sejahtera ialah pemohon mestilah :

Warganegara Malaysia dan menjadi pengundi di Pulau Pinang (Kecuali Program OKU).
Keperluan lengkap setiap program beserta dokumen yang perlu disediakan boleh dilihat di pautan syarat kelayakan.

Cara Permohonan i-Sejahtera 2022

Bantuan i-Sejahtera

Program i-Sejahtera boleh dibuat secara dalam talian di portal i-Sejahtera.

  • Pergi ke portal https://isejahtera.penang.gov.my/
  • Klik Permohonan Baru & Semakan Status
  • Semak No Kad Pengenalan.
  • Mohon Program Penghargaan untuk mendaftarkan ID dan kata laluan.
  • Log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
  • Lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen sokongan.
  • Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon hendaklah menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (untuk program OKU).

Kaedah Pembayaran Bantuan i-Sejahtera Pulau Pinang

Pembayaran I-Sejahtera dibuat secara TUNAI. Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan untuk memilih kaedah EFT (Electronic Funds Transfer) kerana lebih mudah.

Tarikh Pembayaran

  • Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. pendaftaran pemohon hendaklah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun setiap tahun.
  • Pendaftaran yang disahkan selepas 30 Jun akan menerima bayaran caruman pada tahun berikutnya.

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi nombor di talian 04-650 5699.

Sumber: portalmalaysia

PERHATIAN: Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Bantuan i-Sejahtera ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Leave a Comment