Mohon Bantuan i-Perantau RM250 – RM400

Bantuan i-Perantau Dan Cara Memohon I-Perantau

Bantuan i-Perantau dan pelbagai jenis bantuan lagi telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri atau Persekutuan.

i-Perantau bantuan ini diberi sebanyak RM250 hingga RM400 kepada mereka yang layak dan berikut kami kongsikan maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:

Bantuan i-Perantau

Lihat Juga: KWSP – Kategori Pemohon Yang Terima Bayaran Sebelum Raya

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem yang ditetapkan.

Pemohon juga perlu memuat naik dokumen-dokumen berikut semasa mengemukakan permohonan:

Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungannya;
Salinan Slip gaji atau Slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan;
Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung;
Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak memohon).

Bantuan i-Perantau

Baca Juga: Senarai Jumlah Bantuan BKM Untuk Kategori Keluarga 2022

Syarat-syarat Kelayakan

Terdapat dua kategori utama penerima Bantuan i-Perantau iaitu bagi isi rumah yang berpendapatan tidak melebihi RM2,500 (nilai bantuan RM400) dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 – RM5,000 (nilai bantuan RM250).

  • Pemohon mestilah PENGUNDI BERDAFTAR di Negeri Terengganu;
  • Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) (boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun) bagi kategori pertama dan pendapatan antara RM2,501 – RM5,000 (termasuk gaji dan semua elaun) bagi kategori kedua;
  • Berdaftar di dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20);
  • Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon;
  • Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon;
  • Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan dan disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung;
  • Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Ketua Kampung.

Bantuan i-Perantau

Tarikh tutup permohonan pada 02 MEI 2022, ISNIN.

Maklumat lanjut dan permohonan bantuan ini boleh di I-perantauBantuan

Sumber:  berikerja

MyinfoKerja

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Bantuan I-perantau ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih

Leave a Comment