Jumlah Bantuan i-Perantau
Bantuan i-Perantau – Berita baik bagi anak perantau, Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi bantuan one-off i-perantau kepada anak perantau yang layak.
Melalui bantuan ini dianggarkan lebih 5000 ketua isi rumah anak perantauan Negeri Terengganu bakal mendapat manfaat daripada bantuan ini
Anak-anak negeri Terengganu yang berada di perantauan bolehlah memohon bantuan ini yang diharapakan dapat meringankan sedikit beban ketika pulang berhari raya.
Berikut adalah jumlah bantuan i-Perantau:
Kategori A (Pendapatan Isi Rumah Tidak Melebihi RM2,500): RM400
Kategori B (Pendapatan Isi Rumah antara RM2,501 – RM5,000): RM250
i-Perantau adalah sebuah bantun yang diberikan kepada anak perantauan negeri Terengganu yang berkelayakan.
Bantuan ini diperkenalkan sebagai penghargaan kerajaan negeri Terengganu tidak meminggirkan anak negeri di perantauan.
Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan i-Perantau
Syarat permohonan i-Perantau adalah sama seperti i-Fitri iaitu:
- Ketua isi rumah yang mengundi di Terengganu
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
- Info penuh syarat kelayakan i-Perantau: KLIK SINI
Cara Membuat Permohonan
- Permohonan boleh dikemukakan secara online melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Tempoh Permohonan
- Permohonan boleh dibuat secara online bermula 24 April sehingga 2 Mei 2022.
Tarikh & Cara Bayaran
- Bayaran pertama i-Perantau akan bermula pada 15 Mei 2022 di zon Lembah Klang dan akan disusuli zon lain termasuk di Sabah dan Sarawak
Maklumat Lanjut
- Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan i-Perantau bolehlah melayari https://ibantuan.terengganu.gov.my/ atau menghubungi nombor telefon 011-51754924 atau 011-51754969
Lihat Cara Daftar Bantuan i-Sejahtera RM200 Untuk B40
JOIN TELEGRAM:
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Bantuan i-Perantau ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sumber: Blogrojak