Saluran Bayaran i-Fitri Mula 17 April 2022
Apakah itu bantuan i-Fitri?
i-Fitri merupakan bantuan kewangan bernilai RM400 kepada 31,500 isi rumah miskin dan RM250 kepada 83,500 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 yang disalurkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri 2022 nanti.
Bayaran dana raya, Bantuan I-Fitri 2022 kepada rakyat negeri ini yang layak akan dibuat bermula 17 April depan secara tunai di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, bantuan melibatkan peruntukan berjumlah RM56.4 juta akan dibayar kepada 148,700 ketua isi rumah.
Intipati berita hari ini
- Pemohon bantuan bagi kategori A yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan tidak lebih RM2,500 akan menerima RM400 dan dijangka melibatkan seramai 128,450 orang dengan peruntukan RM51.3 juta.
- “Penerima bantuan kategori B yang memperoleh pendapatan isi rumah antara RM2,501 hingga RM5,000 pula akan menerima sebanyak RM250. Ia melibatkan 20,250 penerima dengan kewangan sebanyak RM5 juta,” katanya di sini pada Isnin.
- Hanafiah berkata, permohonan Bantuan I-Fitri akan dibuka selama 10 hari bermula jam 10 pagi Selasa dan pemohon yang layak berdasarkan kriteria ditetapkan boleh memohon melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my.
- “Antara syarat ditetapkan ialah rakyat Terengganu yang menetap di negeri ini, berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20) dan berpendapatan isi rumah bulanan tidak kurang RM2,500 bagi kategori A dan RM2,501 hingga RM5,000 untuk kategori B.“Pemohon yang berjaya akan menerima baucar melalui agihan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing,” katanya
(sumber: Sinar Harian)
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah