Bantuan eWallet Khas RM300 Sebulan Terkini
Bantuan eWallet Khas RM300 Sebulan Terkini – Bantuan ewallet khas RM300 merupakan inisiatif yang diperkenalkan kerajaan negeri yang dibayar setiap bulan. Untuk makluman, tahun ini lebih banyak inisiatif dan kemudahan telah dilaksanakan.
BANTUAN EWALLET ISTIMEWA RM300
Terdapat program inisiatif yang boleh dipohon oleh orang ramai asalkan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Program bantuan ewallet yang dimaksudkan ialah Bantuan Kehidupan Sejahtera atau lebih dikenali sebagai BINGKAS.
Untuk makluman, bantuan khas ini telah diperkenalkan pada tahun lalu dan masih relevan untuk diteruskan pada tahun ini. Bantuan BINGKAS melibatkan peruntukan sebanyak RM108 juta dan akan diberikan kepada kira-kira 30 ribu keluarga yang layak.
Selaku Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, beliau memaklumkan program bantuan BINGKAS sebanyak RM300 sebulan boleh dipohon oleh isi rumah yang memerlukan dan berkelayakan.
KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN
Berikut adalah kriteria kelayakan permohonan bantuan ewallet RM300 khas (BINGKAS) tahun ini seperti berikut:
– Pemohon adalah warganegara Malaysia
– Isi rumah / keluarga dengan tanggungan anak
– berumur 18 tahun ke bawah
– Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
– Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor lebih 10 tahun
– Merupakan pengundi berdaftar di Selangor
Nota: Bagi pemohon yang layak, bantuan ewallet khas RM300 ini boleh digunakan untuk membeli keperluan asas harian. Perbelanjaan boleh dilakukan di pasar raya dan kedai runcit berdaftar dan jumlah kadar RM300 akan ditambah setiap bulan secara automatik.
DAFTAR PERMOHONAN
Bagi mereka yang berada dalam kumpulan isi rumah yang memerlukan dan memenuhi kriteria kelayakan, permohonan boleh dibuat secara dalam talian. Panduan lengkap cara mendaftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi BINGKAS – DI SINI
Semak Juga: Pengeluaran Sebahagian Wang KWSP Telah Diluluskan!
Mohon Juga: Jawatan Kosong Di Alam Sekitar Malaysia Tahun 2023
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.