Bantuan EPB : Syarat Kelayakan & Permohonan EPB

Bantuan EPB merupakan bantuan kewangan penting untuk sesetengah individu mahupun keluarga. Ini kerana bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Elaun Persediaan Bekerja. Dan berikut dikongsikan maklumat terperinci mengenai bantuan ini.

Bantuan EPB

Bantuan EPB merupakan pakej bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada pakej bantuan yang baru diperkenalkan atau yang sudah lama diperkenalkan namun masih diteruskan sehingga kini.

Bagi mereka yang layak akan diberikan bantuan elaun ini sebanyak RM400.

Syarat Kelayakan

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan pemohon sebelum membuat sebarang permohonan bantuan EPB ini.

Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021 dan berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.

Individu yang yang berdaftar sebagai pencari kerja di MyFutureJobs dan pernah menghadiri temuduga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan.

Kemaskini log aktiviti anda di Portal MyFutureJobs. Layari laman sesawang rasmi MyFutureJobs anda melalui pautan di bawah yang kami sediakan.

MyFutureJobs

Cara Membuat Permohonan

Individu yang layak boleh memuat turun Aplikasi Prihatan PERKESO melalui Playstore atau Appstore dan mohon melalui aplikasi tersebut. Sekiranya permohonan anda ditolak, anda boleh membuat rayuan melalui Portal laman rasmi di eAduanSIP  melalui pautan di bawah ini yang disediakan.

eAduanSIP 

Cara Bayaran EPB

Sekiranya mendapat pekerjaan baharu semasa menerima Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang pertama, kedua, atau ketiga maka bayaran tambahan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) akan dibayar terus pada bulan yang sama.

Tarikh Tutup Permohonan EPB

Tarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Disember 2022. Sesiapa yang berkelayakan anda kini boleh cuba untuk membuat permohonan mengikut ketetatapan yang disediakan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

Bantuan EPB

Bantuan EPB

Bantuan EPB

Lihat Juga : Bantuan Tambahan Bkm Rm500 & Kadar Bayaran Terkini 2022

Lihat Juga : Tarikh Pembayaran Bantuan Bujang RM600 Terkini 2022

Leave a Comment