Bantuan Elaun RM450 Sebulan Untuk Pekerja Golongan Kurang Upaya
Bantuan Elaun RM450 Sebulan Untuk Pekerja Golongan Kurang Upaya – Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) sebanyak RM450 sebulan untuk golongan OKU yang bekerja bagi yang layak!
Jika anda, keluarga anda atau saudara mara adalah Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja serta berdaftar dibawah JKM, anda boleh memohon untuk mendapatkan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).
Bantuan EPOKU ini bertujuan untuk menggalakkan OKU terus bekerja serta mampu hidup berdikari & menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Bantuan Elaun RM450 Sebulan Untuk Pekerja Golongan Kurang Upaya
Syarat Kelayakan
– Warganegara yang bermastautin di Malaysia
– Berumur 16 tahun dan ke atas
– Pemegang kad OKU JKM
– Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah
Semak Juga: Stroke Haba: Banyakkan minum air kosong
Mohon Juga: Bantuan Kewangan Haji, Kos Haji & Bayaran Haji 2023
Cara memohon
– Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
– Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
Salinan penyata gaji (jika ada); dan
Lain-lain dokumen yang berkaitan
– Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan; atau
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan; atau
Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari – DISINI
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. – Bantuan Elaun RM450 Sebulan Untuk Pekerja Golongan Kurang Upaya