Bantuan Elaun RM300 Bagi Golongan Belia Terkini 2022

Bantuan Elaun RM300. Kerajaan telah memberi sokongan kepada golongan belia melalui elaun RM300 secara bulanan.

Dibawah seliaan badan kerajaan, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menawarkan bantuan secara elaun RM300 melalui peruntukan bajet tahun 2022 oleh Kerajaan Malaysia.

Melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sumbangan akan diberi secara elaun RM300 kepada pelajar lepasan sekolah dan graduan baharu dari Universiti berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan. Pemberian bantuan elaun RM300 adalah diatas program pencarian pekerjaan kepada mereka yang baru sahaja tamat persekolahan, graduasi dari universiti dan pekerja sektor tidak formal. Menurut pihak PERKESO program tersebut ialah:-

Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+)

Bantuan Elaun

Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.

Program Sistem Insurans Pekerjaan Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP MEP+) merupakan satu program khas kepada bukan pencarum PERKESO dan ini adalah bantuan kewangan diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang terkesan akibat krisis wabak COVID-19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.

Cara Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan di laman web rasmi PERKESO atau aplikasi PERKESO PRIHATIN. Sebelum memohon di laman web PERKESO atau melalui aplikasi PERKESO PRIHATIN, pemohon perlu mendaftarkan diri di profil MYFUTUREJOB bagi melayakkan diri untuk menerima bantuan elaun RM300.

Daftar/ kemas kini profil anda dalam portal MYFUTUREJOB.

Muat turun aplikasi PERKESO PRIHATIN melalui Apple App Store atau Google Play Store.

Pemohon boleh memohon tuntutan di aplikasi PERKESO PRIHATIN.

Syarat Kelayakan

Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 jun 2021.

Menghadiri temu duga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan.

Daftar sebagai pencari kerja di portal MYFUTUREJOB.

kemas kini log aktiviti di portal MYFUTUREJOB.

Pemohon yang berjaya mendapat elaun berjumlah RM300 semasa dalam proses mencari pekerjaan akan menerima elaun tersebut dalam tempoh 3 bulan dan pemohon juga akan mendapat Elaun Persedian.

Bekerja (EPB) secara “ONE-OFF” iaitu setelah mendapat pekerjaan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh merujuk ke laman rasmi PERKESO.

Laman Web Rasmi PERKESO

Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus hubungi pihak PERKESO di talian 1300-22-8000-03-80915400.

Sumber: Salamkerjaya

Myinfokerja.com

Lihat Juga: Jumlah Pembiayaan Bantuan Perniagaan Terkini 2022

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan Bantuan Elaun RM300 Bagi Golongan Belia Terkini 2022 sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Bantuan Elaun

Bantuan Elaun RM300 Bagi Golongan Belia Terkini 2022

Leave a Comment