Semakan & Tebus Bantuan e-Pemula Rm150 Sebelum Tarikh Tutup

Bantuan e-Pemula bertujuan untuk meringankan beban kewangan golongan belia, selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan kepada mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah melalui Program bantuan e-Pemula yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022, Kementerian Kewangan Malaysia.

Cara Tebus Bantuan e-Pemula

Bantuan e-Pemula

Lihat Juga Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan Tahun 2022

  • Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, penebusan e-Pemula boleh dibuat melalui penyedia perkhidmatan e-tunai yang terlibat seperti: BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.
  • Dimaklumkan juga bahawa setiap penebus hanya boleh membuat penebusan di sebuah penyedia perkhidmatan e-tunai sahaja – seperti mana yang disenaraikan di atas.
  • Klik Sini Untuk Tebus

Tempoh tuntutan kredit e-Pemula:

  • 11 April sehingga 1 Jun 2022.
  • kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.
  • Bagi maklumat lanjut dan lengkap berkenaan e-Pemula ini, sila rujuk – DI SINI.

Syarat-syarat Kelayakan

Bantuan e-Pemula

  • Warganegara Malaysia;
  • Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 sehingga 2004); ATAU
  • Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian
  • tinggi (IPT) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian
  • Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar,
  • Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Myinfokerja.com

Leave a Comment