Bantuan e-Dompet & Tarikh Pembayaran
Bantuan e-Dompet : Bantuan E Dompet Rm 200 Seperti Yang Dijanjikan. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.
Salah satunya adalah Bantuan e-Dompet yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Februari lalu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini:-
Bantuan ini pada asasnya melibatkan jumlah e-Tunai sebanyak RM200 yang diberikan secara ‘one-off’ kepada setiap yang layak dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.
Ketika membentangkan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai E-Tunai Belia Rahmah.
Semak sini: Semakan Bantuan AM RM350 & Cara Mohon
Bantuan e-Dompet
Pihak Kemnterian Kewangan dengan kerjasama kementerian yang terlibat kini dalam proses memuktamadkan dengan penyediaan perkhidmatan e-dompet berhubung pembangunan sistem data program ini termasuk keperluan pengajian.
Berdasarkan laporan Utusan Malaysia, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk memperluaskan pemberian bantuan ini kepada semua mahasiswa yang berkelayakan.
Bantuan ini juga tidak terhad kepada mahasiswa berusia 18 hingga 20 tahun sebagaimana pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa program Sesi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 7 April lalu.
Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
Semak juga: Tawaran Terbuka Bantuan Lesen MAIPK 2023
Tarikh Pembayaran
Pelaksaan inisiatif ini akan dibuat bermula pada bulan Jun 2023 dan diharapkan dapat membantu meringankan beban dan berhadapan kos sara hidup yang turut meningkat di kampus.
Berkenaan dengan kaedah penebusan/pengkreditan – ia berkemungkinan akan dilaksanakan seperti mana bantuan-bantuan e-Tunai sebelum ini iaitu melalui platform-platform e-Tunai seperti TNG e-wallet, Grab, Boost dan sebagainya.
Akan tetapi, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak terlibat.
Sumber Motif