Bantuan Carseat Percuma Masih Dibuka – Mohon Sekarang!
Bantuan Carseat Percuma Masih Dibuka – Mohon Sekarang!. Bantuan Carseat Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2023. MYCRS 2023: Subsidi Pembelian Carseat Kanak-Kanak. Pengenalan, Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (Carseat) Melalui Program MYCRS 2023 kini telah dibuka!
Kerajaan telah melancarkan Program MYCRS 2023 sebagai insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang terbuka kepada kumpulan B40 dan M40.
Bantuan Carseat Percuma Masih Dibuka – Mohon Sekarang!
Statistik tahun 2019 menunjukkan bahawa 19% daripada golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah kanak-kanak, dengan 1,276 kes berakhir dengan kematian. Oleh itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan carseat di kalangan orang awam melalui insentif yang diberikan.
Bagi anda yang tidak mahu terlepas dengan informasi terkini dan pengumuman rasmi kerajaan anda boleh ikuti telegram rasmi kami itu official bantuan kerajaan di pautan di bawah:
Baca Juga:
138 KEKOSONGAN JURURAWAT GRED U41 OGOS 2023
Info Terkini Pengeluaran Khas KWSP 2.0 – Perdana Menteri
Jumlah Subsidi MYCRS 2023
Melalui program ini, insentif yang diberikan adalah maksimum sehingga RM150. CRS yang berharga RM150 ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi CRS yang berharga melebihi RM150, penerima insentif perlu membuat bayaran tambahan.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah kriteria kelayakan untuk menerima subsidi pembelian carseat (CRS) bagi tahun 2023:
Penerima insentif perlu berada dalam kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40.
Penerima perlu mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun, termasuk ibu yang sedang mengandung.
Penerima perlu merupakan warganegara Malaysia.
Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk setiap (1) isi rumah.
Cara Semakan Kelayakan MYCRS 2023
Anda boleh memeriksa kelayakan anda secara dalam talian melalui Portal MYCRS di bahagian Semakan Kelayakan. Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman sesawang https://www.mycrs.gov.my mulai 19 Jun 2023.
Penerima yang disenarai layak boleh menebus insentif MYCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang terdapat di laman sesawang MYCRS.
Bagi individu yang belum pernah membuat permohonan, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my mulai 1 Julai 2023 hingga 15 September 2023.
Cara Penebusan
Anda boleh menebus insentif MYCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MYCRS (www.mycrs.gov.my).
Dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:
Salinan MyKad pemohon.
MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun. – ATAU –
Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan).
Tarikh Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan boleh dilakukan mulai 19 Jun 2023, di mana pembelian boleh dibuat oleh pemohon yang telah lulus.
Boleh Semak Disini
Tempoh penebusan insentif MYCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis digunakan.
Kepentingan Bantuan Carseat MYCRS Kepada Rakyat Malaysia
Bantuan carseat MYCRS memiliki kepentingan yang signifikan bagi rakyat Malaysia. Berikut adalah beberapa keuntungan utama dari bantuan carseat MYCRS kepada rakyat Malaysia:
1. Keselamatan Kanak-Kanak: Penggunaan carseat yang betul dapat melindungi kanak-kanak dari kecederaan serius semasa dalam perjalanan. Carseat dirancang khusus untuk menyokong tubuh dan melindungi bayi dan kanak-kanak semasa kemalangan jalan raya. Dengan menggalakkan penggunaan carseat, MYCRS membantu meningkatkan keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan.
2. Mengurangkan Risiko Cedera: Carseat membantu mengurangkan risiko cedera serius seperti kecederaan kepala, tulang belakang, dan organ dalaman semasa kemalangan jalan raya. Dengan memberikan bantuan carseat kepada rakyat Malaysia, MYCRS memainkan peranan penting dalam mengurangkan kecederaan kanak-kanak dan memastikan mereka selamat semasa dalam perjalanan.
3. Peningkatan Kesedaran Keselamatan: MYCRS juga membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya penggunaan carseat dan keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan. Melalui program ini, masyarakat diberi bantuan untuk membeli carseat dengan harga yang lebih terjangkau, mendorong penggunaan carseat menjadi satu amalan yang lazim di kalangan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak di negara ini.
4. Menjimatkan Kos: Dengan subsidi yang diberikan oleh MYCRS, rakyat Malaysia dapat mendapatkan carseat dengan harga yang lebih rendah. Ini membantu meringankan beban kewangan keluarga dalam membeli carseat berkualiti tinggi yang sesuai untuk kanak-kanak mereka. Dalam jangka panjang, penggunaan carseat dapat mengurangkan kos perubatan akibat kecederaan yang dapat dielakkan semasa kemalangan jalan raya.
5. Meningkatkan Kepatuhan Undang-Undang: Dengan memberikan bantuan carseat kepada rakyat Malaysia, MYCRS mendorong kepatuhan undang-undang berkaitan dengan penggunaan carseat. Undang-undang keselamatan jalan raya mengharuskan penggunaan carseat untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Dengan MYCRS, rakyat Malaysia lebih cenderung mematuhi undang-undang dan menjaga keselamatan kanak-kanak mereka.
Melalui bantuan carseat MYCRS, keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan dapat ditingkatkan, dan penggunaan carseat dapat menjadi satu amalan yang umum di kalangan rakyat Malaysia. Ini membawa manfaat jangka panjang dalam melindungi kanak-kanak dari kecederaan serius semasa perjalanan dan mengurangkan beban kewangan keluarga.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.