BANTUAN CARSEAT PERCUMA KEPADA RAKYAT MALAYSIA TAHUN 2023 – MOHON SEGERA
BANTUAN CARSEAT PERCUMA KEPADA RAKYAT MALAYSIA TAHUN 2023 . Subsidi Pembelian Carseat Kanak-Kanak. Pengenalan, Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (Carseat) Melalui Program MYCRS 2023 kini telah dibuka! BANTUAN CARSEAT PERCUMA KEPADA RAKYAT MALAYSIA TAHUN 2023
Kerajaan telah melancarkan Program MYCRS 2023 sebagai insentif pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang terbuka kepada kumpulan B40 dan M40.
Statistik tahun 2019 menunjukkan bahawa 19% daripada golongan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah kanak-kanak, dengan 1,276 kes berakhir dengan kematian. Oleh itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan carseat di kalangan orang awam melalui insentif yang diberikan.
Bagi anda yang tidak mahu terlepas dengan informasi terkini dan pengumuman rasmi kerajaan anda boleh ikuti telegram rasmi kami itu official bantuan kerajaan di pautan di bawah:
BACA JUGA:
Jawatan Kosong Terkini UKM Kesihatan
Jawatan Kosong Bulan Sabit Merah Malaysia Tahun 2023
Jumlah Subsidi MYCRS 2023
Melalui program ini, insentif yang diberikan adalah maksimum sehingga RM150. CRS yang berharga RM150 ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi CRS yang berharga melebihi RM150, penerima insentif perlu membuat bayaran tambahan.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah kriteria kelayakan untuk menerima subsidi pembelian carseat (CRS) bagi tahun 2023:
Penerima insentif perlu berada dalam kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40.
Penerima perlu mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun, termasuk ibu yang sedang mengandung.
Penerima perlu merupakan warganegara Malaysia.
Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk setiap (1) isi rumah.
BANTUAN CARSEAT PERCUMA KEPADA RAKYAT MALAYSIA
Cara Semakan Kelayakan MYCRS 2023
Anda boleh memeriksa kelayakan anda secara dalam talian melalui Portal MYCRS di bahagian Semakan Kelayakan. Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman sesawang https://www.mycrs.gov.my mulai 19 Jun 2023.
Penerima yang disenarai layak boleh menebus insentif MYCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang terdapat di laman sesawang MYCRS.
Bagi individu yang belum pernah membuat permohonan, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my mulai 1 Julai 2023 hingga 15 September 2023.
BANTUAN CARSEAT PERCUMA KEPADA RAKYAT MALAYSIA
Cara Penebusan
Anda boleh menebus insentif MYCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MYCRS (www.mycrs.gov.my).
Dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:
Salinan MyKad pemohon.
MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun. – ATAU –
Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan).
Tarikh Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan boleh dilakukan mulai 19 Jun 2023, di mana pembelian boleh dibuat oleh pemohon yang telah lulus.
Boleh Semak Disini
Tempoh penebusan insentif MYCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis digunakan.
Senarai Kedai/Wakil Penjual Berdaftar Dengan Program MYCRS 2023
Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian atau terus ke kedai yang berdaftar. Sila bawa 1 salinan kad pengenalan (IC) pemohon, depan dan belakang, untuk diserahkan kepada wakil penjual. Kegagalan untuk mengemukakan salinan kad pengenalan kepada jurujual boleh menyebabkan tuntutan subsidi tidak dapat dilakukan. Senarai wakil penjual boleh didapati di (http://www.mycrs.gov.my/orangawam/retailerlistp). BANTUAN CARSEAT PERCUMA KEPADA RAKYAT MALAYSIA
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang mempunyai pertanyaan dan persoalan mengenai bantuan carseat ini anda boleh rujuk faq soalan lazim yang disediakan di bawah:
Soalan Lazim Berkenaan Bantuan MyCRS
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. BANTUAN CARSEAT PERCUMA KEPADA RAKYAT MALAYSIA