Bantuan Bujang RM150 Akan Di Bayar Pada Sepetember Ini

Bantuan Bujang RM150 Akan Di Bayar Pada Sepetember Ini

Bantuan Bujang RM150 Akan Di Bayar Pada Sepetember Ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah bantuan kepada individu bujang berjumlah RM 150 yang akan dibayar pada September ini.

BKM merupakan antara bantuan kewangan yang diberikan setiap tahun oleh kerajaan kepada penerima yang layak. Bantuan ini difokuskan kepada golongan B40, M40, warga tua, janda, duda dan lain-lain. Pemberian bantuan ini adalah untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi tatkala kadar inflasi yang semakin meningkat.

Pembayaran BKM 2 Fasa sudah dikreditkan pada Mac dan Jun lepas. Kini tinggal 2 Fasa lagi iaitu pada September dan Disember, Untuk artikel kali ini, kita akan memfokuskan kepada BKM FASA 3 nanti. Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk artikel di bawah.

Bantuan Bujang RM150

Baca sini: Perbincangan Pengeluaran KWSP 2.0 Dapat Maklum Balas Yang Positif

Baca Juga: Cara Daftar Bantuan Baik Pulih Rumah PPRT: Semak Sekarang

TARIKH BAYARAN BKM FASA 3

Sudah tentu belum ada tarikh rasmi bayaran BKM Fasa 2 kerana masih berbaki 2 bulan untuk bulan September. Tetapi seperti yang dinyatakan, bayaran tetap dikreditkan pada bulan September nanti khusunya pada Bantuan Bujang RM150 yang akan di bayar. Oleh hal demikian, kemungkinan besar tarikh bayaran Bantuan Bujang RM150 adalah sama seperti BKM Fasa 2 iaitu pada 27 September atau pada minggu terakhir bulan September nanti. Sebarang maklumat tambahan mengenai BKM Fasa 3 akan di kemas kini dari masa ke masa.

CARA SEMAKAN STATUS BKM FASA 3

Berikut adalah cara untuk membuat semakan bantuan BKM dan Bantuan Bujang RM150.

  • Log masuk ke https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik Semakan Status
  • Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

JUMLAH BANTUAN SELAIN BUJANG BKM FASA 3

Berikut adalah jumlah bantuan pembayaran BKM Fasa 3 dan Bantuan Bujang RM150  mengikut kategori masing-masing.

1) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
0 anak – RM 200
1-2 anak – RM 300
3 dan lebih anak – RM 400
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
0-3 anak dan ke atas – Kesemua RM 100

2) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
0 anak – RM 500
1-2 anak – RM 600
3 dan lebih anak – RM 700
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
0-3 anak dan ke atas – Kesemua terima RM 400

3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak – Tiada had umur

a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
1-2 anak – RM 800
3 anak dan lebih – RM 900
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,00
1-3 anak dan lebih – Kesemua terima RM 600

JUMLAH BANTUAN BAGI INDIVIDU BUJANG

Kategori Bujang dan IBT tiada anak seperti Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah akan dikreditka RM 150 manakala Bujang dan IBT yang tiada anak seperti pemohon 60 tahun dan ke atas juga akan dikreditkan RM 150.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), anda boleh terus rujuk ke portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/

Leave a Comment