Semakan & Syarat-syarat Kelayakan Bantuan BMT RM600

Bantuan BMT RM600

Berikut adalah semakan dan syarat-syarat kelayakan Bantuan BMT RM600 bagi mereka yang ingin membuat permohon bantuan ini.

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya.

Antaranya termasuklah sebuah bantuan melalui RISDA yang melibat pemberian bantuan kewangan sebanyak RM600 untuk dua fasa. Ia adalah bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BMT: –

Bantuan BMT RM600

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan BMT RM600

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
  • Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;

1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).

Bantuan BMT RM600

Tarikh Bayaran

Seperti mana yang dimaklumkan di awal tadi, pembayaran BMT akan melibatkan dua fasa atau secara tepatnya, RM300 bagi setiap fasa. Tarikh pembayarannya pula adalah bulan November dan Disember 2022.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BMT boleh dikemukakan secara atas talian (online) di portal Pekebun Kecil Makmur RISDA.

Pemohon Pekebun Kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen-dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Geran asal tanah dan salinan;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

Manakala, Pemohon Penoreh Bukan Pemilik pula hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan;
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah;
  • Salinan geran lot yang ditoreh;
  • Salinan buku akaun bank yang aktif;
  • Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G;
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan BMT, sila rujuk – DI SINI.

Suber: berikerja

Lihat Juga Cara Mohon Rayuan BKM Fasa 1 & Tarikh Pembayaran 2022

Myinfokerja.com

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Bantuan BMT RM600 ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Leave a Comment