Bantuan BMT Khas dinaikkan kepada RM800 – Semak kelayakan anda di sini!
Bantuan BMT dinaikkan kadar jumlah – Menerusi kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah berkata bahawa kadar bantuan BMT ini akan dinaikkan kepada RM 800 berbanding jumlah sebelum ini RM 600.
Bantuan BMT dinaikkan kadar jumlah
Sama seperti BKM, bantuan BMT juga akan diberikan secara berfasa iaitu RM 200 selama 4 bulan yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 330 ribu pemohon yang berkelayakan.
SYARAT KELAYAKAN BMT
Terdapat 2 syarat kelayakan dan kategori yang berbeza. Sila rujuk penerangan yang telah dibawah.
Syarat kelayakan bagi penoreh bukan pemilik tanah”
Merupakan warganegara Malaysia
Menoreh di lot dengan keluasan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar
Individu buka pemilik tanah yang berdaftar dengan RISDA
Mempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah
Setiap individu hanya boleh mendapatkan 1 lot
Mempunyai kad permit autoriti getah (PAT-G) yang sah
Syarat kelayakan untuk penoreh/ pekebun kecil RISDA
Merupakan warganegara Malaysia
Pemohon merupakan pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
Mempunyai keluasan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar
Seorang penerima untuk 1 lot tanah sahaja
Merupakan pemilik tanah yang sah.
CARA MOHON BANTUAN BMT RM 800 2023
Sekiranya anda, ahli keluarga atau kenalan yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Permohonan secara atas talian boleh dibuat dengan mudah untuk memohon bantuan ini seperti berikut.
Untuk membuat semakan permohonan, sila layari portal rasmi RISDA BMT
Permohonan juga boleh dilakukan secara manual dengan cara hadir ke mana-mana cawangan pejabat RISDA melalui temujanji.
Artikal lain: Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online
Info Lanjut
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalahan semasa permohonan, sila hubungi talian khas pihak RISDA di talian 03-4256 4022.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.