Bantuan BMT 2023 Dinaikkan sehingga RM800 bagi mereka yang layak – MyInfokerja
Bantuan BMT 2023 Dinaikkan sehingga RM800 – Dalam usaha Kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan sama ada di peringkat Persekutuan ataupun Negeri.
Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dari RISDA.
Berikut adalah perincian bantuan.
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
BMT adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha untuk meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh
Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM800 berbanding sebelum ini RM600 sahaja. Bantuan ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan
Syarat Kelayakan Bantuan
Berikut dikongsikan syarat kelayakan BMT:
Pekebun Kecil RISDA
Warganegara Malaysia
Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
Kelausan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
Pemilik tanah yang sah
1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
Penoreh Bukan Pemilik
Warganegara Malaysia
Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
Pengesahan pemilik tanah yang sah
1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
Pembayaran akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
maklumat lanjut: https://bmt.risda.gov.my/
Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem BMT RISDA
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai BMT, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022
Bantuan BMT 2023