Semakan kelayakan & Info Pembayaran Bantuan BKM Tambahan 2022
Berikut adalah perkongsian semakan pembayaran bantuan BKM Tambahan terkini bagi 2022.
Bantuan BKM Tambahan
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai yang lebih tertumpu kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh rakyat berpendapatan rendah.
Tahukah anda terdapat bantuan tambahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di mana mereka yang layak BKM akan menerima bantuan tambahan BKM sekiranya layak.
Semakan Kelayakan Bantuan BKM Tambahan
buat semakan kelayakan BKM Tambahan:
- Buka laman web https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
- Log masuk seperti biasa
- Klik pada semakan status untuk semak status permohonan
- Status permohonan berserta jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan
- Jika tiada maklumat BKM Tambahan seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima BKM Tambahan.
Lihat Juga:
Pembayaran Terkini BKM Fasa 2 Yang Telah Diumumkan
Semakan Syarat Pengeluaran Wang KWSP 2022
Cara Tebus Baucar Shopee Sebanyak Rm400
Jumlah Bantuan Yang Diberikan
Jumlah bantuan BKM Tambahan maksimum adalah:
RM2,000
Jumlah bantuan tambahan BKM adalah:
RM500 kepada isi rumah berstatus IBT yang mempunyai anak menepati syarat
RM300 kepada penerima isi rumah bestatus warga emas
Ini bermakna setiap isi rumah yang layak BKM dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah:
RM2,500
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Tambahan BKM:
- Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat
- Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas
Maklumat Lanjut
- Maklumat lanjut mengenai Bantuan BKM Tambahan ini bolehlah layari laman web BKM atau anda boleh baca FAQ BKM
Tarikh Pembayaran BKM
- Pembayaran BKM akan bermula pada 28 Mac 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat.
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.