Bantuan BKM FASA 4 2022

Bantuan BKM FASA 4 2022 – RAYUAN PERMOHONAN BANTUAN & SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN

Bantuan BKM FASA 4 2022 – Berita baik kepada rakyat Malaysia khususnya para pekebun kecil, saban tahun pemberian Bantuan Musim Tengkujuh bakal dikreditkan pada akhir tahun iaitu pada bulan November dan Disember. Terbaru, Bantuan Musim Tengkujuh RM 300 turut mula dibayar.

Pihak kerajaan melalui agensi RISDA sentiasa mengambil berat untuk memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan melaksanakan pemantauan supaya tiada pekebun yang tercicir untuk menerima bantuan tersebut.

Bantuan ini adalah kelaziman yang dibuat kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang bertujuan untuk meringankan beban pekebun kecil yang berhadapan musim tengkujuh.

Semak Sini: BKM Fasa 4 dipercepatkan dan bakal Dikreditkan November ini

RAYUAN PERMOHONAN BANTUAN

Untuk pengetahuan tarikh permohonan Bantuan BKM telah pun ditutup pada September lepas. Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan :

1) Pemohon Bantuan BKM pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan, Geran asal tanah dan salinan, dan Salinan buku akaun bank yang aktif.

2) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut – Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan, Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.

Selain itu, Salinan geran lot yang ditoreh, Salinan buku akaun bank yang aktif, Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G, Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur – https://pekebunkecilmakmur.com.my/

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.

Terdapat 2 cara untuk membuat semakan iaitu menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dilakukan atau melalui laman web rasmi BMT RISDA disini https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/

JUMLAH BANTUAN – Setiap pekebun yang layak, pihak RISDA akan memberikan bayaran bantuan berjumlah RM 600. Walau bagaimanapun, pembayaran akan dibayar melalui dua peringkat iaitu PERINGKAT 1 – NOVEMBER (RM 300) dan PERINGKAT 2 – DISEMBER (RM 300).

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Seri Mahdzir Khalid seramai 16,889 penerima telah dikreditkan bayaran BMT bagi fasa pertama sebanyak RM 300 setiap orang pada 15 November.

Ini bermaksud pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) turut bermula pada 15 November sama dengan tarikh bayaran BKM Fasa 4.

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4251 0171. Atau anda juga boleh terus layari https://pekebunkecilmakmur.com.my/ untuk informasi penuh mengenai BMT 2022 ini.

Bantuan BKM

Leave a Comment