Bantuan BKM 2023 Kategori Ini Akan Terima Bayaran RM3000 Tahun Hadapan
Bantuan BKM 2023 Kategori Ini Akan Terima Bayaran RM3000 Tahun Hadapan, Oktober lalu, hari pembentangan Bajet 2023 telah berlangsung. Pelbagai inisiatif sedia ada telah dinaik taraf bagi memenuhi keperluan masyarakat Malaysia khususnya golongan yang terjejas.
Dengan sejumlah RM372.3 bilion Bantuan BKM 2023 yang diperuntukkan, kerajaan sedia ada akan terus melaksanakan dasar fizikal yang semakin meluas.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul berkata pendekatan ini penting bagi memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat yang memerlukan.
Apa yang menjadi tarikan Bajet 2023 kali ini tentunya Bantuan Keluarga Malaysia yang akan diteruskan pada tahun hadapan.
Justeru, perkongsian kali ini kami ingin berkongsi dengan anda maklumat terperinci tentang Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023).
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diteruskan pada tahun hadapan. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul ketika mengulas pembentangan Bajet 2023.
Katanya, BKM 2023 tahun depan merupakan bantuan tertinggi sejak ia dilaksanakan. Di mana, individu yang meluluskan akan menerima bayaran maksimum RM2,500.
Dalam pelaksanaan Bantuan Keluarga Malaysia 2023, sejumlah RM7.8 bilion telah diperuntukkan dan akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.
Seperti biasa, permohonan baharu dan kemas kini maklumat boleh dilakukan pada awal tahun hadapan.
Pada masa ini masih belum dapat dilakukan kerana BKM 2022 masih mempunyai satu lagi fasa pembayaran iaitu fasa keempat yang akan dilaksanakan pada Disember 2022.
Walau bagaimanapun, setiap permohonan baharu dan kemas kini maklumat boleh dilakukan di pautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my/
Semak Sini: bantuan BSS rm5000