Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih
Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) kepada 10 juta penerima layak terdiri daripada miskin tegar, B40, M40 dan golongan bujang akan disegerakan dengan proses pengkreditan fasa 1 dijadualkan bermula Isnin depan pada 9 September
Intipati kenyataan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
- Proses pembayaran fasa 1 itu akan dibuat secara berperingkat kepada kumpulan sasar berkenaan dan dijangka selesai pada 10 September depan.
- Katanya, tarikh pembayaran BKC adalah pada 6 September 2021 untuk golongan B40 dan 9 September 2021 untuk golongan M40.
- Peruntukan itu melibatkan dana berjumlah RM3.1 bilion, yang memberi manfaat kepada 4.4 juta isi rumah, 1.1 juta warga emas yang masih bujang atau tanpa pasangan dan 4.5 juta individu bujang.
- Bagi isi rumah kategori miskin tegar, mereka bakal menerima bantuan sebanyak RM1,300 melalui tiga fasa dengan amaun RM500 (fasa 1), RM500 (fasa 2) dan RM300 (fasa 3).
- “Semua warganegara Malaysia yang berhak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) juga layak untuk mengikuti dalam Program Rangkaian Prihatin dan menerima subsidi rancangan data bulanan atau subsidi untuk pembelian pakej peranti mudah alih.
- “Isi rumah kategori M40 pula menikmati bantuan sebanyak RM250 manakala bujang atau warga emas sebatang kara kategori sama masing-masing menerima RM100. Bayaran ini dalam fasa 1,” katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berkata, proses pembayaran fasa 1 itu akan dibuat secara berperingkat kepada kumpulan sasar berkenaan dan dijangka selesai pada 10 September depan.
Kaedah bayaran
Tarikh dan semakan status
Tarikh dan kaedah semakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Nantikan artikel MyInfoKerja bagi maklumat terkini tentang Bantuan Khas Covid-19 (BKC).
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web LHDNM atau Soalan Lazim di sini.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA