10 juta penerima Bantuan Khas Covid-19 akan mula mendapat bantuan bermula 6 September ini
Proses pengkreditan Fasa 1 bermula 6 hingga 10 September ini bagi bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC). Sejumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan pada 1 September 2021.
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Intipati kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
- Seramai 10 juta penerima adalah daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.
- BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.
- Beliau adalah maklum tentang isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan Ogos. Oleh itu, Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.
- Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC itu sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.
Kaedah bayaran
Tarikh dan semakan status
Tarikh dan kaedah semakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Nantikan artikel MyInfoKerja bagi maklumat terkini tentang Bantuan Khas Covid-19 (BKC).
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih