Bantuan Bingkas RM300 Diteruskan untuk 2023

Bantuan Bingkas RM300 Diteruskan untuk 2023 – Semak cara permohonan di sini!

Bantuan Bingkas RM300 Diteruskan untuk 2023 – Program bantuan kebajikan Selongor (BINGKAS) merupakan bantuan di bawah kerajaan negeri Selongor yang telah diperkenalkan pada tahun sebelumnya.

Berita baik untuk rakyat baru-baru ini menerusi mesyuarat bajet negeri Selangor 2023, kerajaan bersetuju meneruskan bantuan khas ini bagi membantu meringankan perbelanjaan keperluan harian pada setiap bulan.

Bantuan BINGKAS sebanyak RM300 adalah inisiatif kewangan yang diberikan kepada golongan b40 yang memerlukan. Dalam usaha membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup, kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai jenis bantuan. Salah satunya ialah bantuan ini.

Bantuan Bingkas RM300 Diteruskan untuk 2023

Untuk makluman, peruntukan bantuan ini adalah sebanyak RM 108 juta untuk diagihkan dan memberi manfaat kepada kira-kira 30,000 keluarga yang layak. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata demikian ketika membentangkan bajet Selangor 2023

Di bawah telah disediakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk memohon bantuan BINGKAS ini seperti berikut:

 

-Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
-Ahli keluarga yang mempunyai tanggungan di bawah umur 18 tahun
-Pendapatan bulanan semasa di bawah RM 3,000 sebulan
-Menetap di negeri Selangor lebih 10 tahun
-Dilahirkan di negeri Selangor
-Pengundi berdaftar di negeri Selangor.

Untuk makluman, kadar bantuan khas ini telah diumumkan sebanyak RM 300 sebulan. Bantuan itu boleh digunakan di pasar raya dan kedai runcit berdaftar.

Salah satu tujuan bantuan berterusan ini adalah untuk memupuk budaya transaksi pembelian tanpa tunai (Cashless). Bagi penerima bantuan ini, setiap bulan akan dikreditkan secara automatik.

Jika anda ingin mendapatkan bantuan BINGKAS sebanyak RM300 sebulan, anda boleh mendaftar permohonan secara online dengan mudah. Sila layari Portal Rasmi BINGKAS – DI SINI

Bantuan Bingkas RM300 Diteruskan untuk 2023

Bantuan Bingkas RM300

 

 

Leave a Comment