Bantuan Bil Air Percuma Pendapatan bawah RM5,000 sebulan

Bantuan Bil Air Percuma Pendapatan bawah RM5,000 sebulan

Bantuan Bil Air Percuma Pendapatan bawah RM5,000 sebulan – Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.

Salah satunya termasuklah sebuah bantuan yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan (SADE) yang memberikan 20 meter padu air percuma kepada setiap mereka yang layak dan diluluskan permohonannya.

Berikut adalah maklumat lanjut bekenaan SADE ini:

Baca Juga: Bantuan Rm700 Mysalam

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan Bil Air Percuma

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor;
2. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah (suami dan isteri termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang);
3. Premis kediaman meter individu;
4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun/premis sahaja.

Syarat kelayakan pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM5,000 dan ke bawah ini dikuatkuasakan bermula pada 1 Oktober 2022.

Cara Memohon Bantuan Bil Air Percuma

Untuk yang memenuhi syarat-syarat SADE, permohonnya boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR).

Selain itu, permohonan juga boleh dikemukakan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan SADE yang boleh di muat turun di Portal Rasmi Air Selangor atau di Kaunter Perkhidmatan pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd atau Pusat Khidmat Masyarakat.Selain itu, permohonan juga boleh dikemukakan secara manual dengan mengisi Borang Permohonan SADE yang boleh di muat turun di Portal Rasmi Air Selangor atau di Kaunter Perkhidmatan pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd atau Pusat Khidmat Masyarakat.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dihantar ke e-mel: [email protected] atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Maklumat lebih teliti berkenaan SADE di Portal Rasmi Air Selangor.

Bantuan Bil Air Percuma

 

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment