BIASISWA: Permohonan BUDI Sabah: Bantuan RM2000 One-Off ~ Mohon Sebelum 30 Oktober 2021!

Permohonan BUDI Sabah: Bantuan RM2000 One-Off

Apa itu Bantuan BUDI?

Anak-anak Sabah yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tahun ini akan menerima Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) sebanyak RM2,000 secara one-off.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Arif berkata, bantuan BUDI yang bakal dilancarkan pada Mac tahun ini, terbuka kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ke IPT awam atau swasta tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama IPT di seluruh Malaysia.

 

Siapa yang boleh memohon?

Bagi mereka yang ingin memohon bantuan RM2000 one-off ini, hendaklah membaca syarat permohonan dengan teliti seperti di bawah:-

  • Permohonan terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pangajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.
  • Pemohon mestilah warganegera Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.
  • Pemohon adalah pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda sahaja.
  • Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40 dengan pendapatan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah.
  • Pemohon yang telah mendapat tajaan Biasiswa atau Dermasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain adalah tidak layak mendapat bantuan ini.

x

Cara Memohon

Berikut adalah cara-cara memohon bantuan ini melalui 2 cara.

Cara 1: Secara atas talian (online)

  1. Layari laman web https://budi.sabah.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.’
  3. Kemudian, klik butang ‘Daftar.’
  4. Isi maklumat dengan lengkap dan klik dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Isi maklumat diri bagi melengkapkan pendaftaran.
  7. Kemudian sediakan dokumen sokongan untuk penghantaran.

z

Cara 2: Secara manual

  1. Muat turun borang di sini.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan.
  4. Hantar borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
    Aras 29, Blok A, Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah,
    Jalan Sulaman, Teluk Likas,
    88400 Kota Kinabalu.

z2

z3

 

Bantuan Tunai Pelajar IPT Secara One-Off RM2000 Kini Dibuka Bagi Anak Negeri Sabah!

Permohonan dibuka sepanjang tempoh Mac 2021 – 30 Oktober 2021.

Sila baca artikel Utusan Borneo di sini untuk membaca maklumat lebih lanjut.

Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment