Bantuan Belia Bajet 2022, RM1000 18 – 30
Tahun
Bantuan belia sebanyak RM1,000 kepada golongan belia yang berumur 18 hingga 30 tahun
Berita baik kepada golongan belia yang berumur 18 hingga 30 tahun, kerajaan telah mengumumkan bantuan belia, bajet sebanyak RM1,000 dalam pembentangan bajet belanjawan 2021 yang lepas.
Objektif Utama
Objektif bantuan adalah untuk memberikan peluang kepada penganggur / belia yang tidak mempunyai kerja tetap disamping membantu belia untuk menambah pengalaman dalam pekerjaan serta meningkatkan mutu kemahiran bekerja melalui on-the-job-training.
Maklumat Bantuan
Berikut adalah maklumat bantuan yang akan diterima oleh perantis dan majikan dalam program ini:
- Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai pekerja lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
- Tempoh bayaran yang diberikan adalah selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
- Gaji / elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
- Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000
- Pekerja juga layak untuk mendapatkan elaun kesediaan kerja / insentif.
Syarat Kelayakan Permohonan
Berikut dikongsikan syarat kelayakan untuk memohon bantuan ini:
- Merupakan Warganegara Malaysia
- Lepasan sekolah / graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
- Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
- Belia yang pernah mengikut mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.
Maklumat Tambahan
- Syarikat perlu berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
- Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan PERKESO.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Untuk Majikan
- Daftar dan iklankan kekosongan pekerjaan di portal rasmi pengambilan perantis di https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/
Permohonan Untuk Perantis
- Mohon pekerjaan dan pilih syarikat yang sesuai melalui portal rasmi myfuturejobs di https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan, anda boleh menghubungi talian 03 – 8091 5300 atau 1 300 88 2000 atau emel ke [email protected]
Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan ” Bantuan Belia Bajet 2022, RM1000 18 – 30 Tahun ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Join Channel Telegram kami untuk info-info Bantuan belia, kerja kosong dan segala yang berkaitan tentang bantuan 2022: Channel Telegram