Bantuan Bayi RM300 Untuk Yang Baru Lahir

Bantuan Bayi RM300

Bantuan Bayi Rm300 Untuk Yang Baru Lahir – Kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang baru lahir. Ini adalah insentif kerajaan negeri dengan bantuan berjumlah RM300. Program ini di bawah Bajet 2022 kerajaan.

Program Bantuan RM300 untuk bayi yang baru lahir ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang memerlukan duit untuk pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu bersalin semasa berpantang.

Bantuan Bayi RM300

Pemberian Saguhati Untuk Setiap Kelahiran

Setiap bayi yang dilahirkan di Pahang mulai 2022 layak Bantuan Bayi RM300  di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang.

Tujuan pemberian bantuan bayi RM300 ini adalah untuk meringankan beban keluarga dan membuat simpanan serta barangan penjagaan bayi semasa ibu sedang berpantang.

“Justeru itu, jumlah peruntukan program ini ialah RM5 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Pahang 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang pada 6 Disember 2021.

Jumlah Bantuan

Kerajaan Pahang telah melancarkan program Anak Kebanggaan Pahang 2023 (Pahang Pride Kid 2023) dan terbuka kepada semua orang untuk memohon bantuan bayi RM300 ini.

Menurut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tujuan kenaikan kadar bantuan ini kepada RM300 adalah untuk menggalakkan kadar kelahiran di negeri itu yang masih lagi rendah.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web portal Kerajaan Negeri Pahang atau hubungi 09-512 6600 untuk pertanyaan lanjut tentang bantuan bayi rm300 ini.

Semua artikel Myinfokerja share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Bantuan RM300 Untuk Bayi Yang Baru Lahir” sahaja. Myinfokerja tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Rujuk Juga: Permohonan Bantuan Laptop Secara Free Bagi Golongan B40

Semak Juga: Kadar Pembayaran Dan Semakan Status Terkini Jun 2022

Bantuan Bayi RM300

Bantuan Bayi RM300

Leave a Comment