Bantuan Baucer Perlindungan
Cara tebus Bantuan Baucer Perlindungan bernilai RM 75 beserta Syarat kelayalan untuk memohon Bantuan baucer & apa itu baucar perlindungan tenang, jumlah baucar serta kelebihan perlindungan.
Keluarga Malaysia merupakan slogan kerajaan pada hari ini. Disebabkan itu, pelbagai jenis insentif yang diumumkan pada Bajet 2022 lalu yang bertumpukan dengan Keluarga Malaysia.
Bajet 2022 telah dibentangkan dan diluluskan pada 29 Oktober lepas. Oleh itu, bajet kali ini ‘katanya’ amat menitikberatkan aspek perlindungan kepada rakyat khususnya mereka yang dalam Kategori B40.
Syarat Kelayakan Cara Tebus Bantuan Baucer Perlindungan
Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima baucar tersebut :
- Penerima yang layak hanyalah untuk penerima BPR B40 sahaja
- Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli atau menyertai satu polisi sahaja
- Pulangan tunai atau pembayaran balik tunai adalah tidak dibenarkan
- Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi atau sijil baharu memperbaharui polisi / sijil. Baucar tidak boleh digunakan untuk polisi sedia ada.
SEMAKAN BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG
- Semakan boleh dibuat bermula
30 September 2021
Sebanyak RM 3.6 juta golongan isi rumah boleh mula menyemak semakan kelayakan mereka di bawah program Baucar Perlindungan Tenang yang menyediakan pelan perlindungan mampu milik untuk golongan B40.
Semakan boleh dibuat melalui 2 cara iaitu :
1. Semakan Manual – Kunjungi wakil insurans pengendali takaful
2. Semakan Online – Boleh dibuat melalui laman web https://myptv.my/
Kelebihan Bantuan Baucer Perlindungan Tenang
JUMLAH BAUCAR PERLINDUNGAN
Jumlah asal Baucar Perlindungan Tenang ini adalah RM 50 bagi tahun ini. Tetapi, ia akan dinaikkan kepada
RM 75 pada tahun hadapan
BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG
Program ini adalah salah satu langkah kerajaan untuk melindungi rakyat sekiranya terdapat apa-apa insiden yang tidak diingi berlaku.
Seperti yang sedia maklum, keselamatan sosial ialah bentang pertahanan utama dalam menjamin kelangsungan hidup sebuah institusi keluarga atau individu.
Disebabkan penyertaan insurans yang rendah dikalangan rakyat, lebih-lebih lagi bagi golongan B40 kerajaan telah memberi subsidi untuk perlindungan takaful atau insurans dalam usaha untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40.
KELEBIHAN PERLINDUNGAN TENANG
Penerima yang layak untuk menerima baucar ini, anda boleh melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain.
Sumber: kerjasemasa.com
Lihat Juga Semakan Status Permohonan Bantuan i-Sejahtera
Myinfokerja.com
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Bantuan Baucer Perlindungan ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.