Bantuan Awal Persekolahan RM150 Semua pelajar layak
Bantuan Awal Persekolahan RM150 Semua pelajar layak- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula memperkenalkan Bantuan Awal Persekolahan bermula pada tahun 2012 untuk meringankan beban perbelanjaan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa terutamanya pada awal musim persekolahan.
Pemberian bantuan ini adalah terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang berkelayakan.
Bermula 2022, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dibayar one-off berjumlah RM150 bagi setiap murid. Bagi tahun 2023, jumlah bayaran adalah tidak berubah iaitu masih kekal RM 150.
Berbanding BAP 2021 dan tahun-tahun sebelumnya dimana jumlah bantuan hanyalah RM 100 sahaja. Oleh itu, jika anda memiliki tiga orang anak maka mereka layak terima RM 450.
Peruntukan disediakan untuk BAP adalah membabitkan RM 825 juta, jauh melebihi tahun ini RM 450 juta.
Kini bagi BAP 2023, bantuan diberikan TANPA MENGIRA had pendapatan ibu bapa. Oleh hal demikian, kesemua murid layak terima bantuan sekiranya
-murid tersebulah adalah warganegara Malaysia
-Bersekolah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta
Pembayaran akan dilaksanakan melalui 2 cara iaitu
1. Secara Tunai
Diberikan melalui sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan untuk para ibu bapa hadir untuk terima bantuan
2. Secara Kredit
Dikreditkan bantuan kepada murid/ibu bapa yang mempunyai akaun bank.
Walau bagaimanapun, kebanyakan sekolah akan membuat pembayaran secara tunai.
Menurut Tengku Zafrul, untuk BAP 2023 semua pelajar layak terima bantuan RM 150 tanpa mengira pendapatan ibu bapa. Jika kita bandingkan dengan BAP 2022 lepas, hanya pelajar yang ibu bapanya berpendapatan bulanan di bawah RM 3,000 sahaja layak untuk terima bantuan.
Semua Pelajar Layak Terima Bantuan Awal Persekolahan RM 150. Bajet 2023 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz pada petang Jumaat 8 Oktober 2022 lepas. Topik kali ini adalah mengenai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2023 yang terdapat perubahan mengenai syarat kelayakan.
Maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan ini, anda boleh layari laman sesawang berikut: Bantuan Awal Persekolahan 2022
Baca juga info: TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN RM500
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.