Bantuan Anak Pelihara (BAP), Permohonan Sehingga RM500
Bantuan Anak Pelihara (BAP), Permohonan Sehingga RM500 – Tahukah anda? Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah sebuh bantuan yang diberikan bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
Selain itu, Bantuan Anak Pelihara ini juga bertujuan untuk membantu meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM250 sebulan seorang kanak-kanak dan maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih
Semak Sini: Bantuan Warga Emas RM500 2022
Semak Juga: Bantuan Kanak-Kanak RM1000, Permohonan Dan Pembayaran Bantuan
Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
– Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
– Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun
– Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa
– Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
– Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluaraga pelihara melalui:
– Kanak-kanak yang diambil dari ‘Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM
– Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah mahkamah bagi kanak-kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001
Cara permohonan adalah seperti berikut:
Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.
Borang berkaitan:
Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
Dokumen Sokongan:
Kad pengenalan pemohon
Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
Salinan penyata gaji (jika ada)
Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan Bantuan Anak Pelihara, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.