Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Bantuan Anak Pelihara (BAP) RM 250 – RM 500

Bantuan Anak Pelihara (BAP) RM 250 – RM 500 – Bantuan Anak Pelihara (BAP) RM 250 – RM 500. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan masyarakat berlandaskan 5 aspek utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Melalui JKM, pelbagai jenis bantuan sudah disalurkan kepada masyarakat yang layak termasuklah bermula dari kanak-kanak, orang kurang upaya dan orang tua.

Semak Sini: Bantuan Kanak-Kanak BKK 2023

Semak Juga: Bantuan Sara Hidup (BSH) – Adakah Anda Bersetuju

Terdapat sebuah jenis bantuan JKM yang bernilai RM 250 sebulan dan maksimum RM 500 sebulan. Sila baca artikel ini sehingga habis untuk mengetahui jenis bantuan tersebut.

Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Anak Pelihari (BAP). Bantuan ini diberikan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim atau yatim piatu, tidak mempunyai saudara mara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama keluarga pelihara.

Selain itu, bantuan ini untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Berikut ialah jumlah bantuan yang bakal diberikan kepada penerima Bantuan Anak Pelihara (BAP)

Berjumlah RM 250 sebulan untuk seorang kanak-kanak. Maksimum RM 500 sebulan untuk keluarga yang menjaga 2 orang atau lebih kanak-kanak.

Berikut ialah kriteria kelayakan yang diperlukan untuk menerima bantuan di atas:

Kanak-kanak berumur 18 tahun dan ke bawah, Kanak-kanak tidak mempunyai ibu bapa kandung

Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 atau Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga melalui Program Anak Peliharan yang dikendalikan oleh JKM atau kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Berikut ialah cara permohonan yang perlu dibuat untuk membuat permohonan di atas : Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

DOKUMEN PERMOHONAN : JKM 20 – Borang Kaji Semula, JKM 18 – Borang Permohonan

Salinan Kad Pengenalan pemohon, Salinan Kad Pengenalan individu berkaitan, Salinan Penyata Gaji, Dokumen lain yang berkaitan

Bantuan Anak Pelihara

Leave a Comment