Bantuan AM RM350 Sebulan
Bantuan AM RM350 Sebulan – Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan Am diperkenalkan dengan tujuan untuk diberikan kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan agensi dibawah Kementeria Pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Pihak JKM telah meyediakan pelbagai jenis inisiatif pada tahun ini, salah satunya adalah bantuan Am persekutuan.
Syarat Kelayakan
Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
PGK purata miskin Per Kapita Semasa
Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain
Cara Semakan
Pihak JKM tidak mengeluarkan jadual bulanan bagi tarikh bantuan disalurkan. Namun, penerima boleh lakukan semakan sendiri dengan aplikasi eMaklum yang disediakan oleh pihak kerajaan. Berikut cara semakannya:
Bantuan AM RM350 Sebulan
– Muat turun aplikasi eMaklum (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.emaklum&hl=ms&gl=US&pli=1)
– Tekan ‘Carian Dokumen’
– Masukkan nombor kad pengenalan
– Tekan ‘Jenis Carian’ – Pilih ‘No Akaun Bank’
– Masukkan nombor akaun bank anda
– Tarikh sebelah kiri masukkan tarikh pertama anda dapat bantuan JKM
– Tarikh sebelah kanan tak perlu isi apa-apa
– Tekan butang ‘Cari’- Maklumat pembayaran akan dipaparkan
Bantuan AM RM350 Sebulan
Cara Memohon
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini dibuka sepanjang tahun.
Permohonnya boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat dengan mengisi Borang Permohonan dan membawa dokumen-dokumen sokongan.
Setiap permohonan yang didaftarkan juga akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Hal ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Maklumat lengkap berkenaan bantuan ini boleh anda boleh rujuk di Portal Rasmi JKM DI SINI.
Semak Juga: Cara Tebus Baucar Shopee RM400 Untuk Semua Rakyat Malaysia
Mohon Juga: Ini Maklumat Terbaru Pengeluaran KWSP 2023
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Bantuan AM RM350 Sebulan