Bantuan Am
Berikut adalah perkongsian mengenai jumlah bayaran bantuan Am yang diberikan kepada pemohon yang telah membuat permohonan.
Kemungkinan besar ramai yang tidak tahu adanya sebuah bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.
Melalui skim bantuan JKM ini, pelbagai jenis bantuan untuk semua golongan masyarakat telah disalurkan.
Lihat Juga Tarikh Permohonan Bantuan ANIS Selangor
Bantuan – Negeri
- Sebuah bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dikenali sebagai Bantuan Am Negeri.
- Bantuan ini berbeza daripada bantuan bulanan lainnya seperti bantuan kanak-kanak, orang tua dan orang kurang upaya (OKU).
Jumlah bayaran Bantuan Am
Untuk yang tertanya-tanya mengenai jumlah bantuan yang diberikan, berikut adalah jumlan Bantuan bagi Negeri
- Minimum bantuan sebanyak RM 100 sebulan seorang dan maksimum RM 350 sekeluarga
Syarat Kelayakan Bantuan Am
Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan Bantuan bagi setiap Negeri ini :
1. Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur, Labuan).
2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.
4. Mana-mana kes yang layak dipertimbangkan.
Cara memohon Bantuan Am
- Sekiranya anda menepati syarat kelayakan di atas termasuklah menetap di Wilayah Persekutuan, sila hadir ke mana-mana cawangan atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berdekatan anda untuk membuat permohonan atau apa-apa maklumat lanjut.
Objektif Bantuan
- Bantuan ini diberikan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.
Sumber: Kerjasemasa.com
Baca Juga Cara Dapatkan Bantuan Barangan Asas Mangsa Banjir- Rm2500
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Jumlah Bayaran Permohonan Bantuan sebanyak RM350 ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.