Bantuan Aidilfitri, Bagi Penjawat Awam Sebanyak RM 500
Bantuan Aidilfitri
Bantuan Khas Aidil Fitri Penjawat Awam adalah bantuan hari Raya bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.
Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.
Maklumat
Mulai 6 Mei ini kerajaan akan menyalurkan bantuan khas Aidilfitri sebagai bonus raya penjawat awam sebanyak RM500.
Bantuan ini khusus untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan juga memaklumkan bahawa pesara kerajaan juga akan menerima bantuan sebanyak RM250.
Tambah kenyataan itu lagi, bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.
Tarikh Bayaran
“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 24 April 2022,” kata kenyataan itu.
Jumlah Bayaran
- Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep : RM500
- Pesara Kerajaan : RM250
“Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” kata kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi di bawah:
Muka surat: 2
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
join channel Telegram kami untuk info-info kerja kosong dan segala yang berkaitan tentang bantuan: (klik di sini)